“Dulu Ketika Ayah Sakit Di Jaga 0leh Anak Angkat”,Semasa Pembahagian Harta Merek4 Terkejvt..Tidak Di Benarkan Masuk Kedalam Rumah

Tular beberapa video di media sosial TikTok berhubung sebuah keluarga yang tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah didakwa gara-gara tidak dibenarkan oleh seorang anak angkat. Berdasarkan penerangan di dalam video tersebut, mereka mendakwa rumah pusaka tersebut telah menjadi milik seorang anak angkat yang diwarisi menerusi hibah harta.

Berdasarkan video yang dipercayai berlaku di Indonesia serta dimuat naik pada akaun Mama Manja, rumah itu adalah milik almarhum Pak Marzuki dan lelaki itu dilaporkan telah meninggal dunia. Selain tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah dan hanya ‘bersidai’ di luar, mereka juga mendakwa tidak dibenarkan menggunakan bilik air.

Saudara mempersoal status rumah yang diwarisi daripada hibah harta

Seorang wanita bernama Hadijah yang juga anak angkat almarhum Pak Marzuki memberitahu, dia mempunyai pertalian darah dengan arwah kerana dia adalah anak saudara.

“Saya rasa tak adil kerana saya selaku anak pertama Pak Marzuki ada pertalian talian. Seingat saya, Pak Marzuki beritahu rumah ini takkan dijual beli. Itu secara tersirat dan secara tersurat, dia tak buat. Saya sebagai anak takkan mahu bertanya, mana surat tersebut,” luah wanita tersebut.

Hadijah menceritakan, dia adalah anak angkat yang pertama manakala, wanita tersebut merupakan anak angkat yang kedua diambil oleh almarhum dan isteri.

“Saya selalu bawa anak-anak jiran ke rumah jadi ibu melihat saya dan bertanya, adakah saya mahukan adik. Saya jawab, ya. Ibu bertanya lagi sama ada nak adik perempuan atau lelaki. Saya cakap perempuan kerana boleh bantu saya bekerja dan berkongsi jika orang tua sudah tidak ada namun kenyataan terbalik,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki dalam video tersebut yang mengaku adik kandung almarhum memberitahu, Pak Marzuki tidak mempunyai anak serta mengambil anak angkat dalam kalangan anak saudaranya.

Ujarnya lagi, dia juga tidak mengetahui rumah tersebut sudah dipindah milik kepada anak angkat kedua Pak Marzuki.

Sementara itu, seorang wanita yang dilihat memakai baju kuning dipercayai anak angkat almarhum mendakwa, keluarga tersebut tidak menziarahi Pak Marzuki sewaktu sakit.

“Waktu bapak sakit, ada kalian datang ke sini. Kalian tak pernah ke sini. Seharusnya tak perlu beritahu (almarhum sakit) kerana keluarga seharusnya kunjung mengunjung,” katanya.

Wanita tersebut berkata demikian selepas ahli keluarga mempersoalkan mereka tidak dimaklumkan sewaktu Pak Marzuki sakit.

Apa itu hibah
Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘Iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat.

Apakah maksud hibah

Hibah bermaksud ‘hadiah’. Ini adalah pemberian harta alih atau harta tak alih yang berlaku semasa hayat si pemberi hibah.

Kenapa hibah itu penting
Hibah adalah penting kerana ia membolehkan pemilik aset atau pemilik hartanah mengagihkan kekayaannya kepada sesiapa sahaja – ahli keluarga dan bukan ahli keluarga, tanpa mengira agama mereka. Ini berbeza dengan faraid di mana hak dan bahagian waris-waris si mati adalah berdasarkan ketentuan dalam Undang-undang Syariah.

Sumber:iMuslimNetwork

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini