31 Tahun Guru Berkhidmat, Satu Sekolah Tahan Tangisan Langkah Terakhir Guru Tinggalkan Sekolah

Satu sekolah tahan tangis iringi langkah terakhir guru tinggalkan sekolah
Majlis perpi$ahan guru-guru sememangnya akan disambut dengan air mata nak-nak lagi kalau guru itu sangat disenangi serta disayangi oleh para pelajarnya.

Budi luhur seorang guru sama sekali tidak pernah dilupakan. Panggilan keramat “cikgu” akan kekal terpahat, menjadi kenangan sehingga ke akhir hayat.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai rasyaddddiman apabila memuat naik majlis perpisahan guru kesayanganya.

31 tahun berkhdimat, guru pulang ke kampung halaman

Malah, dalam video tersebut juga terselit akan beberapa momen gurunya itu $ebak ketika mengucapkan selamat tinggal selepas berkhidmat 31 tahun di sekolah berkenaan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat para pelajar menyanyikan sebuah lagi bertajuk Kenangan Terindah buat gurunya itu.

Menurut rasyaddddiman, guru tersebut bakal berpindah ke sebuah sekolah berdekatan kampung asalnya di Semenanjung iaitu di Ipoh, Perak.

Perjuangannya sebagai seorang guru tidak akan pernah terhenti kerana dia ingin melihat lebih ramai anak pedalaman keluar dari kepompong kehidupan yang sedia ada dan mencapai kejayaan sama seperti mereka yang lain. Keterbatasan fizikal geologi bukanlah penghalang untuk mereka bersaing dengan dunia luar.

Cikgu Baljeet Singh telah mengajar di SMK Tawau, Sabah selama 31 tahun, cukup lama sehingga ada yang dah 2 generasi beliau ajar.

Kenangan terindah.. Perpisahan yang cukup memeritkan.. Setelah 31 tahun Guru ini akhirnya pulang ke Ipoh

Sekarang beliau ingin berpindah pulang ke kampung asal iaitu di Ipoh, Perak. Yang menariknya Cikgu Baljeet mengajar mata pelajaran BM dan Sastera, didikan beliau sungguh terbaik yang paling penting banyak anak didik beliau dah berjaya. Walaupun beliau garang tapi semua tahu beliau sungguh baik, banyak orang sayang.

Kenapa viral cikgu ni? Sebab bukan senang nak jumpa guru dari Semenanjung yang sanggup stay dekat Sabah dengan sekolah yang sama selama 31 tahun.

Sumber:MimbarRaudhah

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini