5 Am4lan Yng B0leh ‘Men4rik’ Rezeki, Pes4n Dari Ebit Lew

Ebit Lew nama yang tidak asing lagi, seorang usahawan, penceramah dan juga seorang pendakwah hebat. Sebelum ini, beliau ada berkongsi tentang amalan amalan yang boleh menarik rezeki. Melalui perkongsian itu, beliau menyenaraikan 5 amalan yang boleh diamalkan untuk memudahkan rezeki.

1. Banyakkan mengingati Allah, sentiasa selalu berzikir dan memuji kebesaran Ilahi. Kerana Allah maha berkuasa keatas sesuatu, Allah Maha Besar. Hendaklah kita sentiasa mengagungkan Allah, Dia yang memberi rezeki, Dia juga memuliakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sebagai hambaNya kita hidup hanya untuk mencari redho Ilahi.

2. Jaga solat 5 waktu, kerana solat mencegah kita dari melakukan kemungkaran. Sayidina Umar berkata, aku memberati perintah solat daripada perintah yang lain, kerana orang yang menjaga solat akan menjaga benda yang lain. Kita perlu yakin dengan solat yang dilaksanakan, selain itu kita juga tidak perlu segan untuk mengajak orang lain untuk solat. Kita juga perlu sentiasa meningkatkan kualiti solat dah menambah baik apa yang kurang.

3. Minta doa dari orang miskin dan anak-anak yatim. Selalu lah kita berbuat baik kepada orang-orang yang susah, sentiasa menyantuni fakir miskin, anak-anak yatim. Doa daripada mereka ini mudah untuk dimakbulkan, selalu lah kita mendampingi mereka dan menghargai mereka.

4. Sayangilah keluarga kita. Doa daripada anak dan isteri selain daripada ibu bapa adalah sangat makbul. Sayangilah keluarga kita, hargai isteri dan anak anak. Amalkan makan bersama sama, solat berjamaah bersama setiap waktu. Setiap kejayaan kita adalah juga dari doa mereka, jangan kita memandang rendah akan mustajadnya doa dari ahli keluarga kita.

5. Bersangka baik dengan Allah. Allah jadikan kita kerana Allah sayangkan kita. Jangan berputus asa dengan Allah, minta tolong dengan sabar, dan perbanyakkan solat. Dekatkan diri dengan Allah, hidup kita di dunia ini hanyalah sementara, akhirat juga yang kekal abadi. Sesungguhnya kemusnahan hidup kita apabila kita mula bersangka buruk dengan Allah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber:HarianArtikel

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini