Ada Masjid Rupanya 1,760 meter Dari Permukaan Bumi

Pastinya Ramai Belum Tahu Ada Masjid 1,760 meter Dari Permukaan Bumi | Masha Allah Tabarakallah Maha Suci Yang Menjaga Sekelian Alam, inilah Masjid yang terletak jauh 1,760 meter dari permukaan bumi, mungkin juga yang terdalam di dunia. Masjid merupakan satu tanda syiar Islam. Di mana ada masjid, maka itu adalah tanda kewujudan umat Islam di sesuatu kawasan. Makanya, walau di mana sahaja umat Islam tinggal, semestinya di situ ada sebuah masjid.

Inilah yang digambarkan apabila terbinanya Masjid Baabul Munawwar yang terletak pada kedalaman 1,760 meter dari permukaan bumi di Tembagapura, Kota Timika, di area pertambangan PT Freeport Papua. Masjid Baabul Munawwar yang memberi maksud ‘pintu tempat cahaya’. Ianya dibina untuk kegunaan harian pekerja PT Freeport Indonesia melakukan ibadat, terutama sembahyang tanpa perlu naik ke atas permukaan bumi.

PT Freeport adalah pengendali lombong yang menghasilkan tembaga, emas dan perak terbesar di Indonesia yang terletak di Tembagapura, Timika, Papua. Masjid Baabul Munawwar dirasmikan pada Jun 2016 itu cukup bermakna kepada pekerja yang beragama Islam bagi membolehkan mereka melakukan ibadat dalam persekitaran yang selesa.

Walaupun masjid ini jauh kedalam perut Bumi, masjid ini mampu menampung sekitar 250 jamaah. Di masjid ini para karyawan dapat melaksanakan ibadah solat lima waktu malahan solat Tarawih yang bakal kita lakukan pada Ramadhan akan datang.

Tentu sekali kewujudan masjid di bawah permukaan bumi itu adalah manifestasi kepada betapa masjid wujud di mana-mana sekali pun untuk memberi peluang umat Islam mengunjungi rumah Allah itu biarpun berada jauh di perut bumi.

Masjid tersebut telah direkodkan sebagai masjid yang dibina pada kedalaman perut bumi paling dalam di Indonisia, bahkan di dunia. Masjid memberi manfaat kepada pekerja bahagian operasi lombong bawah tanah seperti mekanik, operator pembinaan, elektrik dan instrumen.

sumber: kalamindah