Adab Tetamu Dalam Islam, Masuk Rumah Orang Jadi Buta, Keluar Darinya Jadi Bisu

Adab Tetamu Dalam Islam, Masuk Rumah Orang Jadi Buta, Keluar Darinya Jadi Bisu | Apabila kita menjadi tetamu itu satu jemputan, itu tanda dari tuan rumah bahawa kita orang yang istimewa. Maka janganlah kh1anati mereka yang menganggap kamu istimewa dengan mengadu d0mba dan mulut pu4ka dengan bercerita pula hal keadaan rumah jemputan tersebut.

“Masuk Rumah Orang Jadi Buta, Keluar Daripadanya Jadi Bisu “

” اُدْخُلْ بُيُوْتَ النَّاسُ اَعْمَٰى وَالخْرُجْ مِنْهَا اَبْكَمْ ”

Begitulah maksud kata-kata yang sungguh mendalam maksudnya. Jika dilhat pada ayat itu sahaja sudah memberi maksud kepada kita tentang penyampaian mesej tentang ” ADAB “. Apa yang boleh diterjemahkan daripada kata pujangga tersebut adalah, apabila kita bertandang, menziarahi jiran tetangga,kawan-kawan hatta saudara mara sekalipun, adab mesti ada.

“Masuk menjadi Buta” membawa maksud apabila kita menziarahi dan sedang berada di dalam rumah orang lain, hendaklah kita menjaga penglihatan. Mata tidak terkeb1l-keb1l melihat barangan yang terdapat didalam rumah tersebut. Mata juga tidak melilau mencari dan melihat isi rumah tersebut. Jaga penglihatan dan pandangan.

“Keluar menjadi Bisu” pula membawa maksud, apabila kita keluar dan mahu pulang, tidak perlulah kita bercerita tentang keadaan rumah atau isi rumah yang telah kita ziarahi. Kita perlu hormat akan privasi orang lain dan ini merupakan adab didalam menjaga hubungan sesama manusia.

Jika mulut dijaga, maka akan berkuranglah peratusan untuk mengump4t,memf1tnah dan sebagainya. Jaga adab ! Wallahua’lam

Sumber; http://ibnuraha.blogspot.com/

Kredit Foto; Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan