Adak4h Mer0kok Memb4taIkan Wuduk? lni Jaw4pan Dari Dr Zulkifli

Wuduk merupakan asas paling penting yang diperlu dijaga oleh seseorang muslim jika ingin melakukan sebarang ibadah terutamanya solat. Tanpa wuduk, solat seseorang itu tidak sah.

Namun begitu, timbul persoalan berkenaan status wuduk seseorang muslim yang menghisap rokok. Adakah dengan merokok boleh membatalkan wuduk tersebut?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamed al-Bakri menerusi artikel soal jawab agama, di saluran portalnya, Maktabah Al-Bakri, tampil menjawab persoalan tersebut.

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t. Adakah merokok membatalkan wuduk? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Pada asasnya merokok merupakan perbuatan yang haram sebagaimana yang telah dinyatakan oleh majoriti ulama khususnya ulama kontemporari pada masa kini. Pendapat ini juga adalah selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke-37 pada 23 Mac 1995, yang telah memutuskan merokok itu adalah haram mengikut pandangan Islam. Di antara sebab pengharaman tersebut adalah kerana merokok itu membahayakan kesihatan bukan sahaja kepada pelakunya tetapi juga kepada orang yang berada di sekelilingnya. Firman Allah SWT:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.”[1]

Ayat di atas bermaksud janganlah kamu menyerahkan diri kepada hal-hal yang menyebabkan kebinasaan, akan tetapi lakukanlah untuk diri kamu sebab-sebab yang boleh membawa kepada keselamatan.[2]

Untuk menjawab soalan yang diajukan, kami nyatakan terlebih dahulu perkara-perkara yang membatalkan wuduk sebagaimana yang telah disebutkan dalam al-Fiqh al-Manhaji[3] iaitu:

Keluar sesuatu daripada salah satu saluran qubul dan dubur kencing, tahi, darah, kentut dan lain-lain.
Tidur yang tidak tetap. Maksud ‘tetap’ di sini ialah duduk dalam keadaan punggung bertaup rapat dengan lantai manakala maksud tidak tetap pula ialah terdapat rongga di antara punggung dan lantai.
Hilang akal disebabkan sama ada mabuk, pitam, sakit atau gila.
Seseorang lelaki menyentuh isterinya atau perempuan lain tanpa berlapik dan perbuatan itu membatalkan wuduk kedua-duanya. Maksud perempuan lain ialah perempuan yang halal berkahwin.
Menyentuh kemaluan manusia, sama ada diri sendiri atau orang lain, sama ada qubul atau dubur dengan tapak tangan dan perut-perut jari tanpa berlapik.
Kesimpulannya:

Justeru, kami berpendapat bahawa perbuatan merokok tidak membatalkan wuduk pelakunya kerana ia tidak termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Sekalipun perbuatan merokok itu adalah haram, tetapi ia tidak memestikan rokok itu dihukumkan sebagai najis. Meskipun begitu, disunatkan kepada mereka yang menghisap rokok untuk berkumur-kumur terlebih dahulu sebelum mendirikan solat supaya bau asap rokok daripada mulut mereka hilang, agar tidak mengganggu jemaah yang lain.

Kami juga mengambil kesempatan di sini, untuk menasihatkan kepada semua perokok agar berusahalah sehabis mungkin untuk meninggalkan amalan yang tidak sihat ini. Isu merokok bukanlah isu yang remeh tetapi sebenarnya ia adalah suatu yang besar. Lebih-lebih lagi, bahaya dan mudarat itu bukan sahaj kembali kepada pelakunya, tetapi turut tertimpa kepada orang yang berada di sekelilingnya seperti anak-anak, isteri, kaum keluarga dan lain-lain, di samping pembaziran yang ketara yang melibatkan jutaan ringgit pada setiap tahun.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Sumber: Maktabah al-Bakri

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini