Alhamdulillah..Rezeki Di Awal Ramadan “Keluarga Vlral Tdur Di Tepi Jalan” Terima M0tosikal Dan Ger4i Burger

Keluarga ‘Viral’ Tidur Tepi Jalan Beralas Kotak Terima Motosikal, Dapat Niaga Burger
Beberapa hari yang lalu, kita dihebohkan dengan kebaikan pendakwah terkenal, Ebit Lew yang menghadiahkan dua buah kereta kepada dua orang insan hebat yang diuji Allah S.W.T.

Hari ini, beliau sekali lagi menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga kurang berkemampuan yang tular tidur di tepi jalan beralaskan kotak.

Video yang tular di TikTok itu akhirnya tiba di pengetahuannya, lantas bantuan segera disampaikan seperti apa yang dikongsikan di Facebook miliknya hari ini.

“Sedih pula 4 Ramadhan ni bila tengok dekat Tiktok pasangan suami isteri dan anak kecil tidur di tepi jalan beralaskan kotak di Larkin Johor kasihannya rasa.

“Berminggu-minggu ujian hidup mereka, kerja tak menentu. Kami hadiahkan motor, bayarkan sewa bulanan rumah flat dan dapatkan francais Syukor Burger untuk beliau berniaga di Taman Wawasan Larkin.

“Pagi tadi terus dari KL ke Larkin Johor Bharu, sampai saja tadi adik berdua ni menangis. Ujian berat dalam hidup, syukur pada Allah.

“Doakan perniagaan mereka dan anak mereka yang akan mula bersekolah berumur 7 tahun.

“Bila tengok orang susah diuji, cuma terfikir begitulah saat kita susah diuji. Hanya yang melalui merasainya,” tulis beliau di akaun Facebook miliknya.

Sumber:MyMediaMaya

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini