Allah SWT Beri Ujian Sa kit Berdasarkan Daya Ketahanan Diri Seseorang – Ustaz Ebit Lew

Allah SWT Beri Ujian Sa kit Sesuai Dengan Daya Tahan Diri Seseorang

Sebagai orang Islam, kita mesti yakin bahawa Allah bukan sengaja menguji dan membuat hambanya menanggung kesusahan.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmah tersendiri sama ada diketahui oleh hambanya atau tidak.

Dalam satu riwayat al-Bukhari dan Muslim menyatakan, setiap kepenatan, sa kit, dukacita, runsing, kesusahan walaupun sekadar tercucuk duri yang menimpa orang muslim, maka Allah akan menghapuskan dengan sebabnya akan dosa-dosanya.

Seperti yang dikongsi pendakwah bebas terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Ebit dalam Channel Telegram miliknya.

Allah memberi kita sa kit, sesuai dengan daya tahan hambanya dan banyak hikmahnya serta bukti seperti;

1) Sa kit itu zikrullah.

Bukti: Mereka yang diuji dengan sa kit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sa kit itu istighfar.

Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sa kit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sa kit itu juga muhasabah.

Bukti: Orang yang sa kit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sa kit itu jihad.

Bukti: Orang yang sa kit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sa kit itu ilmu.

Bukti: Sa kit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sa kit.

6) Sa kit itu juga nasihat.

Bukti: Yang sa kit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sa kit agar bersabar.

7) Sa kit itu silaturrahim.

Bukti: Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sa kit itu gugur d0sa.

Bukti: Anggota badan yang sa kit akan mendapat penyucian.

9) Sa kit itu mustajab doa.

Bukti: Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sa kit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

Baca juga Isteri digantung tidak bertali, peguam nasihatkan mangsa tidak berdiam diri

10) Sa kit itu menyusahkan sya1tan.

Bukti: Diajak maks1at tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sa kit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.

Bukti: Satu sikap keinsafan yang disukai Rasulullah SAW dan makhluk di langit.

12) Sa kit meningkatkan kualiti ibadah.

Bukti: Rukuk sujud kita lebih khusyuk, tasbih istighfar lebih sangat. Tahiyyat juga jadi lebih lama.

13) Sa kit itu memperbaiki akhlak.

Bukti: Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sa kit mengingatkan kita akan mati dan membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Jom sama-sama berzikir, berfikir, syukur, sabar dan redha.