Amalkan B4ca Dua Ayat Ini, In Sha Allah Rezeki L4ncar 7 Keturunan T4k Habis

Ada dua ayat di dalam Al Qur’an yang jika dibaca setiap malam maka orang yang membacanya akan diberikan kecukupan. Dua ayat saja? Iya, hanya dua ayat.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ قَرَأَ بِالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

“Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada malam hari, niscaya ia tercukupi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam Nuzhatul Muttaqin syarh Riyadhush Shalihin, Syaikh DR Mustofa Said Al Khin, Syaikh DR Mustofa Al Bugho, Syaikh Muhyidin Mistu, Syaikh Ali Asy Syirbaji dan Syaikh Muhammad Amin Luthfi menerangkan bahwa salah satu makna tercukupi dalam hadits ini adalah tercukupi keperluan dunia dan akhiratnya serta terhindarkan dari semua keburukan.

Hadits ini pula yang dicantumkan oleh Ibnu Katsir saat menjelaskan keutamaan dua ayat terakhir surat Al Baqarah ini dalam tafsirnya.

Dua ayat terakhir dalam surat Al Baqarah tersebut tidak lain adalah firman-Nya:

آَمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آَمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ

أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an) dari Rabbnya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan seseorang pun di antara rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (QS. Al Baqarah: 285-286)

Jika bermanfaat mohon SHARE ye

Jang4n Tinggalkan Ayat Ini Selepas Solat Subuh & Solat Maghrib! Insya’Allah Akan Dipermudahkan Kehidupan

Waktu subuh adalah waktu yang sangat banyak keberkatan. Pelbagai amalan yang berkait dengan waktu subuh dan fadilatnya sangat besar. Antaranya solat sebelum subuh 2 rakaat yang pahalanya seperti seisi duni,zikir dan sebagainya.

Seringkali kita lihat, ramai juga yang datang berjemaah di masjid. Dan sudah semestinya ada yang solat di rumah. Tetapi terlalu ramai orang yang tidak mengetahui kelebihan-kelebihan atau fadhilat jika kekal pada kedudukan tahiyat akhir selepas solat subuh dan maghrib.

Apa yang kita lihat, selepas sahaja memberi salam, ada yang terus sahaja ubah kedudukan samada duduk bersila, duduk belunjur atau berpindah dari tempat bersolat tadi. Jika mereka nampak kelebihan atau fadhilatnya, nescaya mereka tidak akan bergerak dari situ dan tidak bercakap-cakap.

Solat Subuh, Solat Maghrib

Duduk Tahiyat Akhir
Janganlah kita tinggalkan dua amalan sunnah ini terutama selepas menunaikan solat Subuh dan Maghrib samada ketika kita bersolat di rumah atau di masjid. Amalan tersebut dibaca di dalam wirid tetapi kita masih dalam kedudukan seperti ketika tahiyat akhir.

Apakah bacaan itu? Sila baca sehingga selesai artikel ini.

BACAAN PERTAMA
Dibaca sebanyak sepuluh kali semasa berwirid tanpa berkata-kata yang lain sehingga selesai iaitu:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya:

“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, Baginya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.

Fadhilatnya:

Hadis daripada Abu Zar berkata: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda,
“Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan pada hari itu dia dijaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa pun yang dapat membinasakannya kecuali syirik kepada Allah’.

(Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam Al-Aushot dan Al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

Imam at-Tabrani menambah:

“Dan baginya setiap apa yang dibacanya seperti pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

Ditambah oleh Imam an-Nasa’I:

“Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba”.

zikir selepas solat subuh
Duduk Tawaruk
BACAAN KEDUA
Dibaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan ini iaitu:

اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار
Maksudnya:

“Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka”.

Atau:

اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار
Maksudnya:

“Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka”.

Fadhilatnya:

Hadis daripada al-Harith bin Muslim, ayahnya berkata, Nabi S.A.W bersabda:

“Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata, “Allahumma ajirna minannar” tujuh kali. Maka sekiranya kamu meninggal dunia pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata, “Allahumma ajirna minannar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka”. – (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

Semoga sahabat-sahabat semua dapat manfaat daripada artikel ini dan beribadah dengan sempurna dan ikhlas hati. Wallahu a’lam.

Jangan lupa like,komen da sharekan artikel ini. Terima kasih.

Sumber: sukaviral.net