Amalkan Baca Surah At-Taubah Ayat 128-129 Di Sujud Terakhir, InsyaAllah Rezeki Masuk Tak Putus

Sujud Terakhir Amalkan Baca Surah At-Taubah Ayat 128-129, Rezeki Masuk Tak Putus
Inilah kelebihan surah At-Taubah Ayat 128 hingga 129 yang tuhan anugerahkan untuk hambaNya yang diuji kesusahan, kesukaran. Wanita ini, .

Ketika hidupnya dilanda kebuntuan, dia dan suami tak berhenti amal. Sehinggakan dalam sujud terakhir solatnya dia membacanya. Satu persatu, Allah selesaikan masalah hidupnya. Rezeki masuk mencurah-curah tak putus.

Assalammualaikum semua Saira nak share Testimoni Peribadi tentang,

Surah At Taubah 128-129 yang Saira dan suami amalkan sejak kejatuhan bisnes beberapa tahun lepas.
Bila kata tentang kejatuhan bisnes pastinya ramai di sini yang pernah kejatuhan bisnes, buat marketing business keluar modal puluh-puluh ribu malah ada yang ratusan ribu, pernah ditipu dan sebagainya.

Pada masa kebuntuan pastinya kita pon rasa letih mencari-cari, bertanya-tanya pelbagai jenis bantuan. Dengan family, kawan-kawan semua kita tanyakan untuk meminjam dan mengadu kesah hal kita ni.

Ada suatu hari dalam kebuntuan, terdengar tazkirah dari Ustaz Ebit Lew tentang ilmu yang disampaikan iaitu bacalah Surah At-Taubah ayat 128-129 sekurang-kurangnya 7x sehari.. Allahuakbar

Kata Ustaz :-

Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi mulia

Jika dia seorang kalah, akan segera mendapat pertolongan
Jika dia seorang yang berkesempitan , maka akan segera mendapat kelapangan

Jika Dia Seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
Jika Dia dalam kesusahan, maka akan diberikan kesenangan

Subhanallah.., Subhanallah.. Subhanallah, waktu itu memang Saira teruskan amalan ini tanpa henti. Sehinggakan dalam sujud terakhir selalu amalkan ayat ini.

Setelah amalan ini berterusan hinggalah perasan yang satu persatu urusan dipermudahkan, pelbagai jalan keluar untuk setiap persoalan (masalah) serta segala amanah-amanh mula dapat diselesaikan.

Rezeki Masuk Mencurah-curah Tanpa Putus.. Subhanallah
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar !!!!!!!!!

Syukur Kehadrat Ilahi atas semua anugerah, pertolongan & kenikmatan yg diberi olehNYA.
Ini antara sebab kenapa Saira masukkan amalan ini ke dalam Buku Checklist Amalan by Puan Saira.

Dengan berbesar hati , dan penuh dengan rasa syukur kehadratNYA, Allah SWT hantar stokis-stokis dan agen yang baik-baik dan seronok nak sebarkan kebaikan buku ini .. Moga Kalian dikurniakan rezeki berpanjangan, sentiasa ingin Berdakwah di atas jalanNYA dan kurniaan rahmatNyA ke atas kalian tanpa putus insyaallah.

Sumber: 24newst

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini