Amalkan Dua Ayat Penawar Ini Jika Tulang Anda Patah Atau Retak, Insha Allah Kita Ikhtiar

Amalkan Dua Ayat Penawar Ini Jika Tulang Anda Patah Atau Retak, Insha Allah Kita Ikhtiar | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .. Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Para Sahabat yang di rahmati Allah sekalian, Surah Yasin banyak khasiatnya, diantara bahagian ayat-ayat ini sebagai penawar kepada patah tulang, retak tulang dan lain2 berkaitan patah.

Jika mengalami patah akibat jatuh mahupun yang aktif bersukan lasak seperti ragbi, bola sepak, eloklah diamalkan sebelum masuk padang. Baca selawat sebanyak 3 kali berserta ayat-ayat tersebut, sapu pada kaki atau seluruh badan supaya dijauhi dari patah.

Bagi yg mengalami retak tulang dan “Ostoeporosis” iaitu tulang rapuh terutama orang-orang tua, elok juga diamalkan doa ini dengan memulakan bacaan selawat syifa 1kali diikuti doa ini sebanyak 1kali dan ditiup pada air dan minum.

Lakukan pada waktu pagi sebelum sarapan pagi. Insyaallah jisim tulang tuan puan akan bertambah kuat. Selalu makanan yang banyak kandungan kalsium.

Selawat Syifa’

Ayat 78 dan 79 dari Surah Yasin

[78] Wadaraba lana mathalanwanasiya khalqahu qala man yuhyee alAAithamawahiya rameem.

[79] Qul yuhyeeha allatheeanshaaha awwala marratin wahuwa bikulli khalqin AAaleem

Maksud Ayat-ayat ini seperti berikut : [Surah Yasiin: Ayat 78 dan 79].

78. Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?

79. Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)

Saya amat berharap kepada pembaca untuk share doa ini supaya kita sama2 dapat mengamalkan doa ini .. Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat