Ilmu Penambah Rezeki, Amalkan Perkara Ini Kepada Kedua Ibubapa, Niscaya Allah Akan Meluaskan Rezekimu

Ilmu Penambah Rezeki, Amalkan Perkara Ini Kepada Kedua Ibubapa, Nescaya Allah Akan Meluaskan Rezekimu | Jika anda masih memiliki mak ayah di kampung, itu merupakan nikmat yang sangat teragung . Tetapi jika sudah tidak memiliki mak ayah lagi, jangan berkecil hati.

1) Sebab berbakti kepada mak ayah itu masih boleh dilaksanakan dengan cara sering berziarah ke pusara dan juga mendoakan, serta menghajikan jika belum menunaikan haji.

2) Berbuat baik dan jaga silaturrahim kepada kerabat dan sanak saudara kedua mak ayah. Itulah amal ibadah yang agung.

3) Ketahuilah, barangsiapa yang masih memiliki kedua mak ayah, tetapi masih susah hidupnya maka perhatikan dan renungkanlah barangkali masih ada yang belum sempurna berbakti kepada kedua mak ayahnya.

4) Barangsiapa yang mengalami kesusahan dari segi ekonomi, perhatikan dan renungkanlah barangkali kurang mengambil tahu keperluan seharian yang diperlukan mak ayahnya.

5) Barangsiapa yang masih lemah dalam pelajaran, renungkanlah barangkali masih sering membuat kedua orang tua resah dan sedih akibat tingkah laku kita.

6) Mak ayah itu kadang tidak mau berkata-kata, kerana tidak ingin menyakiti perasaan anak-anaknya. Tetapi kadang seorang anak itu sendiri tidak menjaga perasaan mak ayahnya.

7) Ketika mak ayah sedang sa kit, beliau lebih baik menahan rasa sa kit, kalau bisa rasa sak it itu dibawa hingga m ati. Menahan rasa sa kit dan tidak mau berkeluh kesah khuatir menganggu anak anaknya. Kadang sang anak tidak menyadarinya.

8) Ketika tidak mempunyai wang, mak ayah lebih suka diam dan makan apa seadanya, bahkan mereka kadang berpuasa daripada mengeluh kepada anak anaknya.

9) Barangsiapa yang cerdas melihat, menghayati, merasakan hidup mak ayahnya serta boleh menyediakan keperluan yang terbaik untuk mereka bererti urusan hidupnya akan dipermudah.

10) Barangsiapa tidak pernah menyakitinya secara fisik dan psikologis, bererti telah membuka pintu rezekinya luas luas dan pasti hidupnya dijaga dengan rapi oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sebuah ungkapan yang sangat indah, menarik dan memberi inspirasi.

لم أر شخصا ناجحاً في حياته : إلا و كان له من بر الوالدين نصيب

Saya menyaksikan orang-orang yang berjaya dalam kehidupannya, mereka merupakan orang yang berbakti kepada kedua otang tuanya.

Jangan beranggapan sudah berjuang dijalan Allah melainkan telah membahagiakan kedua orang tuanya terlebih dahulu. Jika belum berjaya membahagiakan orang tua, paling kurang jangan sekali-kali menyusahkan keduanya.

Semoga Allah selalu menjadikan kita anak yang selalu berbakti kepada kedua orang tua.

Amin ya robbal alamin

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat