450 Anak Tahfiz Indonesia Buat Majlis Khatam Al-Quran Buat Siti Sarah

Terlalu ramai yang menyayangi dan mengasihi Allahyarham Siti Sarah. Pengakhiran hidupnya dicemburui ramai kerana sangat indah.

Ribuan orang menitipkan doa buatnya selain bacaan Yasin setiap hari sejak perkhabaran berita mengenainya hingga ke akhir nafas Siti Sarah.Semalam suami Allahyarham, Shuib telah berkongsi sebuah video solah jenazah ghaib diadakan buat arwah isterinya di Masjidil Haram, Mekah oleh hampir 300 jemaah.

Hari ini pula, dikhabarkan seramai 450 orang anak tahfiz dan anak yatim Pondok Pesantren Nurul Huda Bandung, Indonesia telah melakukan majlis khatam al-Quran dan tahlil buatnya di bawah pimpinan Ustaz Mansyur.

Pemergian Siti Sarah membuka mata ramai orang. Terlalu banyak pengajaran dan pelajaran yang kita perolehi.

Apa yang pasti, ianya semua yang baik-baik belaka.

Semoga Allah tempatkan Allahyarham Siti Sarah dalam kalangan mereka yang beriman dan di syurga yang paling tinggi.

Kredit – wowberita