Antara Cara Kreatif Bersedekah Yang Mudah Untuk Kita Amalkan

Antara Cara Kreatif Bersedekah Yang Mudah Untuk Kita Amalkan | Apabila melihat orang yang lebih kaya, pernah tak terdetik di hati anda perasaan cemburu dengan harta yang mereka ada?

“Beruntungnya mereka, ada duit yang lebih dan boleh disedekahkan kepada orang yang memerlukan.”

Dan bermacam-macam lagi perkara yang terdetik di hati anda tentang harta mereka, terutamanya buat hartawan yang dermawan, iaitu yang suka menyalurkan hartanya kepada yang memerlukan.

Namun, tahukah anda bukan orang kaya sahaja yang boleh memberi sedekah, tetapi semua orang boleh bersedekah dan mendapat pahala ke atasnya kerana sedekah itu datang dalam pelbagai cara.

1. Letak sabun basuh tangan

Ada kebanyakkan masjid yang kita pi, macam kekurangan sabun. Toilet pula kadang agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, lepastu letakkan di masjid yang berhampiran. Insyallah ramai yang dapat guna.

2. Selipar Untuk Masjid

Kebanyakkan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar jepun dan letak di Masjid.

3. Simpan Syiling

Kita kumpul duit syiling simpan dalam tabung. Tiap kali weekend kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekah.

4. Berikan Baki Bayaran (Keep the change)

Yang ini paling mudah, contoh kita beli nasi lemak harga RM2, Tapi kita bagi saja duit besar RM5, dan mintak pakcik makcik yang berniaga tu simpan saja baki bayaran. Buat lah sekali, lama lama akan jadi habit.

5. Kain Pelikat & Telekung

Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau petrol station dan masjid. Semoga bermanfaat dapat digunakan bersama. Katakan kat masjid dekat rumah kita, dah ada banyak telekung tapi kotor. Kita boleh bawak balik basuh kat rumah atau hantar dobi.

6. Makanan Kucing

Walaupun kita tak bela kucing, kita boleh beli makanan kucing dalam small pack. Standby letak dalam kereta.

Bila kita turun ke RnR atau mana mana perhentian untuk makan, ternampak kucing terbiar di tepi jalan boleh bagi makan kucing. Berbuat baik lah pada kucing makhluk kesayangan Rasulullah.

7. Konsep sedekah carpool

Allah s.w.t kurniakan kita kenderaan agar kita boleh berikan manafaat kepada ramai orang. Kalau kita ada kawan atau jiran yang nak pergi ke destinasi yang sama dengan kita, tumpangkanlah mereka tanpa sebarang bayaran. Konsep ‘carpool‘ pergi kerja juga salah satu konsep sedekah yang sangat bagus.

9. Kertas dan Pen

Di mana-mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid, biasanya mereka yang mendengar tidak membawa sebarang pen dan juga buku catatan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 lepastu diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos bagi pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manafaatnya sangat besar insha Allah

10. Al Fatihah

Sedekahkan Al-fatihah kepada suami, kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal. Dan doa kan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa.

Contoh, masa di airport kita ternampak ada suami isteri ni bertengkar berbalah. Kita terus submit doa semoga Allah lembutkan hati diorang dan datangkan kasih sayang supaya mereka dapat cari jalan untuk selesaikan.

Doakan perkara yang baik.

Bersedekah yang paling baik ialah kita dapat berikan sesuatu yang orang perlukan.

Kadang-kadang kita sedekah sabun di tandas masjid itu lebih baik dari sedekahkan naskah surah Yasin di masjid yang sememangnya sudah banyak naskah al-Quran dan Yasin yang tidak dibaca.