Antara Gerakkan Y4ng Tidak Disukai Oleh Allah Di Dalam S0lat

Salah satu jalan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala solat adalah dengan mengelakkan diri dari melakukan perkara makruh dalam solat.

Makruh ialah meninggalkan sesuatu perkara yang dibencī dan akan diberi ganjaran pahala bagi orang yang meninggalkannya, sementara itu tidak pula berdosa bagi yang melakukannya. Walaubagaimanapun, melakukannya akan mendatangkan kerugian kerana kehīlangan pahala.

PERKARA MAKRUH DALAM SOLAT

Melakukan perkara makruh dalam solat boleh mendatangkan kesan kepada kesempurnaan pahala solat. Oleh yang demikian, dengan mempelajari secara mendalam tentang setiap perkara yang berkaitan dengan solat akan dapat mengelakkan seseorang dari melakukan perkara makruh dalam solat itu.

Antara perkara makruh dalam solat:

1. MENINGGALKAN PERKARA SUNAT DALAM SOLAT
2. MENOLEH
Makruh menoleh ke kanan atau ke kiri ketika dalam solat jika tidak ada hajat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari ‘Aisyah رضي الله عنها , katanya:

سَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الالْتِفَاتِ فِي الصَّلاَةِ، فَقَالَ: هُوَ اخْتِلاَسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلاَةِ الْعَبْدِ
(رواه البخاري)

Maksudnya: “Saya bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang menoleh dalam solat. Maka Baginda bersabda: “Ianya adalah satu curīan, iaitu syaītan mencuri (kekhusyu‘an) dari solat seorang hambā dengan (perbuatan) menoleh itu”.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

3. MENDONGAK MUKA KE LANGIT
Makruh mendongakkan muka atau pandangan ke langit ketika di dalam solat, walaupun bagi orang buta.

Begitu juga makruh melihat atau merenung benda-benda yang boleh mengalihkan perhatian dari solat seperti melihat atau merenung tanda-tanda pada baju atau sebagainya.

4. MELIPAT RAMBUT ATAU MELIPAT BAJU
Makruh melipat rambut seperti menyanggulnya atau memasuk-masukkannya ke bawah serban ketika di dalam solat. Begitu juga makruh melipat baju seperti melipat lengan bajunya dan lain-lain lagi.

5. MELETAKKAN TANGAN DI MULUT
Makruh meletakkan tangan di mulut tanpa ada hajat atau tujuan. Begitu juga dengan perbuatan mematah-matahkan jari atau mencelāh-celahī jari, meletakkan tangan di hidung atau di mulut. Ini kerana, perbuatan seumpama ini boleh menjejaskan khusyu‘ dalam solat.

Makruh menguap dalam solat pada keadaan dirinya mampu untuk menahan dari menguap.

Namun, sunat meletakkan tangan di mulut ketika menguap di dalam solat. Terdapat beberapa pendapat mengenai tangan yang digunakan untuk menutup mulut ketika menguap:

Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami رحمه الله : boleh menggunakan antara tangan kanan atau kiri bagi tujuan tersebut.
Menurut Imam ar-Ramli رحمه الله : sunat digunakan tangan kiri.

Menurut Imam Syabramallisi dan Imam al-Qalyubi رحمه الله : Adalah lebih utama menggunakan belakang telapak tangan sebelah kiri.

6. MENUTUP MATA
Makruh menutup kedua kelopak mata ketika solat tanpa ada hajat atau keperluan. Tidak makruh jika menutup keduanya kerana ada hajat, bahkan dihukumkan wajib pada sesetengah keadaan, umpamanya menutup mata agar menegah dari memandang perkara-perkara yang harām.

Berkata sebahagian ulama: Rasulullah صلى الله عليه وسلم melarang dalam solat perbuatan menyapu batu-batu kecil dan menyapu dahi dari kesan tanah (ketika sujud), meniup-niup, memātah-mātahkan jari, menyelat-nyelati jari, menutup mulut dan telinga, menutup mata dan mengelīat.

7. BERDIRI DENGAN SEBELAH KAKI
Makruh berdiri dengan sebelah kaki iaitu dengan mengangkat sebelah kaki tanpa ada sebab, kerana ianya membebankan serta menghilangkan kekhusyu‘an dalam solat. Namun jika ada sebab atau keuzūran seperti sakīt sebelah kakinya atau patāh, maka tiadalah dihukūmkan makruh.

Begitu juga makruh hukumnya mendahulukan (mendepankan) sebelah kakinya ketika berdiri solat.

8. SOLAT DALAM KEADAAN MENAHAN DIRI MEMBUANG AIR KECIL ATAU AIR BESAR
Makruh mendirikan solat dengan keadaan menahan diri dari membuang air kecil atau air besar atau membuang angin (menahan dari kentūt). Bahkan menjadi harām jika menahan itu akan memberi mudharat kepada dirinya

Sunat membuang air kecil, air besar atau berkentūt sebelum menunaikan solat walaupun terpaksa meninggalkan solat jemaah, asalkan tidak keluar dari waktu solat atau masih luas waktunya.

9. SOLAT DALAM KEADAAN INGAN MAKAN/MINUM

Makruh menunaikan solat dengan adanya keinginan untuk memakan makanan atau meminum minuman yang sudah terhidang.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهما , bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلاَ هُوَ يُدَافِعُهُ اْلأَخْبَثَانِ
(رواه مسلم)

Maksudnya: “Jangan (dahulukan) solat dengan adanya makanan yang terhidang, dan juga jangan (dahulukan) solat ketika dia sedang menāhan daripada membuang air kecil dan air besar.” (Hadis riwayat Muslim)

10. MELUDAH
Makruh meludah ke hadapan atau meludah di sebelah kanan samada ketika solat mahupun di luar solat.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

إِذَا تَنَخَّمَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَنَخَّمْ قِبَلَ وَجْهِهِ وَلاَ عَنْ يَمِيْنِهِ وَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ الْيُسْرَى
(رواه البخاري والمسلم)

Maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kamu berludāh kahak, maka janganlah berludah kahak di hadapannya, dan janganlah juga di sebelah kanannya. Hendaklah dia berludah di sebelah kirinya atau ke bawah kaki kirinya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

11. MELETAKKAN TANGAN DI ATAS PINGGANG (KHASHIRAH)
Makruh meletakkan tangan di atas pinggang (khashirah) tanpa ada hajat atau keūzuran. Perlakuan seumpama itu adalah sama seperti perbuatan orang kafir dan orang-orang yang menyōmbōngkan dīrī, begitu juga iblis disingkirkan dari syurga dengan keadaan sedemikian.

12. BERLEBIHAN TUNDUK KETIKA RUKU’
Makruh merendahkan kepala atau meninggikannya daripada paras belakang ketika ruku’.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah رضي الله عنها , katanya:

وَكَانَ إِذَا رَكَعَ لَمْ يُشْخِصْ رَأْسَهُ وَلَمْ يُصَوِّبْهُ وَلَكِنْ بَيْنَ ذَلِكَ
(رواه مسلم)

Maksudnya: “Dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم apabila ruku‘ tidak menaikkan kepalanya dan tidak merendahkannya, akan tetapi antara keduanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Makruh meletakkan dua lengan di atas tanah atau tempat solat ketika sujud.

13. BERSANDAR
Makruh bersandar pada sesuatu sekira-kira jika jatuh tempat bersandar itu, maka dia pun jatuh sama, seperti bersandar pada tiang. Dihukumkan makruh jika dia berdiri dengan kedua kakinya walaupun bersandar. Tetapi jika sandaran itu membolehkan dia mengangkat kedua belah kakinya, maka batal solatnya kerana dia dalam keadaan bergantung pada sesuatu dan bukannya berdiri.

14. MEPERCEPATKAN SOLAT
Makruh melakukan solat dengan cepat tanpa berhati-hati atau teliti pada setiap perbuatan dan bacaan di dalam solat, sekalipun tidak meninggalkan perkara-perkara yang dituntut dalam solat.

Jika meninggalkan perkara-perkara yang dituntut di dalam solat, umpamanya meninggalkan rukun solat seperti meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka batal solatnya.

Perkara-perkara makruh dalam solat sebagaimana di atas seeloknya dielakkan dari melakukannya, agar solat yang dilakukan memperolehi ganjaran kesempurnaan solat dari Allah سبحانه و تعالى‎.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Video Klik Disini

Kredit : Viral Malaysia Ku

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini