Baca Zikir Ini 3 Kali Selepas Subuh, In Sha Allah Setiap Makhluk Akan Mendoakan Keampunan Anda

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad (34/207, hadis no. 20602):

عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ الْمُخَارِقِ، قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ لِي: ” يَا قَبِيصَةُ مَا جَاءَ بِكَ؟ “، قُلْتُ: كَبِرَتْ سِنِّي، وَرَقَّ عَظْمِي، فَأَتَيْتُكَ لِتُعَلِّمَنِي مَا يَنْفَعُنِي اللهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ، قَالَ: ” يَا قَبِيصَةُ، مَا مَرَرْتَ بِحَجَرٍ، وَلَا شَجَرٍ، وَلَا مَدَرٍ، إِلَّا اسْتَغْفَرَ لَكَ، يَا قَبِيصَةُ، إِذَا صَلَّيْتَ الْفَجْرَ، فَقُلْ : سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ، تُعَافَى مِنَ الْعَمَى، وَالْجُذَامِ، وَالْفَالِجِ، يَا قَبِيصَةُ، قُلْ: اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِمَّا عِنْدَكَ، وَأَفِضْ عَلَيَّ مِنْ فَضْلِكَ، وَانْشُرْ عَلَيَّ رَحْمَتَكَ، وَأَنْزِلْ عَلَيَّ، مِنْ بَرَكَاتِكَ

Daripada dari Qabishah bin al-Mukhariq, beliau berkata:

“Aku datang menemui Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda bertanya kepadaku: “Wahai Qobishah, apa yang membuatkan kamu datang kesini?”

Aku menjawab; “Usiaku semakin tua dan tulang-tulangku mulai rapuh. Maka aku datang kepadamu supaya engkau mengajariku sesuatu yang Allah beri manfaat bagiku dengannya.”

Baginda lalu bersabda: “Wahai Qabishah, tidaklah kamu melalui batuan, pohonan dan kota-kota melainkan ia akan memohonkan keampunan bagimu.

Wahai Qabishah, apabila kamu (selesai) mengerjakan solat Subuh, maka bacalah tiga kali:

سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
“Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya.”

Nescaya kamu akan terhindar dari kebutaan, penyakit kusta dan lumpuh.

Wahai Qabishah bacalah:

اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِمَّا عِنْدَكَ، وَأَفِضْ عَلَيَّ مِنْ فَضْلِكَ، وَانْشُرْ عَلَيَّ رَحْمَتَكَ، وَأَنْزِلْ عَلَيَّ، مِنْ بَرَكَاتِكَ
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu apa yang ada di sisi-Mu, berikanlah kurniaan-Mu kepadaku, curahkanlah rahmat-Mu kepadaku dan turunkanlah keberkatan-Mu kepadaku.”

Sanad hadis ini daif disebabkan kesamaran perawi yang meriwayatkan daripada Qabishah bin al-Mukhariq. Hanya disebutkan sebagai ‘seorang lelaki daripada ahli Basrah’.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar: “Jika tidak kerana perawi mubham (samar) tersebut, nescaya sanadnya akan jadi hasan.”

Adakah Dibolehkan Solat Ketika Azan Sedang Berkumandang? Sila Baca Ini, Ramai Yang Masih Keliru

SOALAN:

Bolehkan saat azan dilaungkan “Allahu Akbar”, “Allahu Akbar” seseorang itu terus menunaikan solat.

JAWAPAN:

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ بِإِحْسَانٍ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ هِدَايَةً لِلصَّوَابِ ، وَبَعْدُ.

Seseorang yang mengerjakan sembahyang ketika azan masih dilaungkan oleh mu’adzdzin adalah sah sembahyangnya itu kerana sembahyang tersebut dilakukan setelah masuk waktunya.

Walau bagaimanapun adalah lebih elok untuk mengerjakan sembahyang itu setelah seruan azan itu selesai dilaungkan oleh mu’adzdzin.

Menurut hukvm syara‘, disunatkan bagi orang yang mendengar azan untuk diam sekalipun tanpa menjawab seruan azan itu. Dari sudut adabnya, apabila azan dilaungkan, disunatkan menjawab seruan azan dengan mengulang lafaz-lafaz azan tersebut, berdoa dengan doa khusus selepas azan dan berselawat ke atas Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam. Hatta bagi orang yang sedang berzikir atau membaca al-Qur’an, sunat dia memberhentikan bacaan zikir atau al-Qur’an dan menjawab seruan azan tersebut.

Dalam hadits Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam yang d1riwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amr Radhiallâhu ‘anhuma, beliau mendengar Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِي إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ.

(رواه مسلم)

Maksudnya: “Apabila kamu mendengar al-Mu’adzdzin (orang yang azan), maka kamu ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh orang yang azan itu. Kemudian berselawatlah ke atasku, kerana sesungguhnya barangsiapa berselawat ke atasku dengan satu selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat. Kemudian berdoalah kepada Allah memohon bagiku “al-Wasilah”, kerana sesungguhnya “al-Wasilah” itu suatu tempat di Syurga yang tidak layak bagi seseorang melainkan bagi seorang hamba daripada hamba-hamba Allah. Aku berh4rap, akulah hamba itu. Barangsiapa memohon “al-Wasilah” untukku, maka wajib baginya syafa‘at”.
(Hadits riwayat Muslim)

Dalam hadits yang d1riwayatkan daripada Sayyiduna ‘Umar bin al-Khaththab Radhiallâhu ‘anhu juga ada menyebutkan tentang keutamaan dan ganjaran menjawab seruan azan. Beliau berkata:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ فَقَالَ أَحَدُكُمْ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ، ثُمَّ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، ثُمَّ قَالَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، ثُمَّ قَالَ حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ قَالَ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ ، ثُمَّ قَالَ حَيَّ عَلَى الْفَلاحِ قَالَ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ ، ثُمَّ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ ، ثُمَّ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مِنْ قَلْبِهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ.

(رواه مسلم)

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam: Apabila mu’adzdzin mengucapkan “اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَر ”, lalu salah seorang daripada kamu mengucapkan “اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَر”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ”, lalu dia mengucapkan “أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ” , kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ” , lalu dia mengucapkan “أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “ حَيَ عَلَى الصَّلاَةِ ”, dia pun mengucapkan “لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ ”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “ حَيَ عَلَى الْفَلاَحِ ”, dia juga mengucapkan “لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ ”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَر”, lalu dia mengucapkan “اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَر”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ”, dia juga mengucapkan “ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ” ikhlas dari lubuk hatinya, nescaya dia masuk syurga.”

(Hadits riwayat Muslim)

Maka berdasarkan penjelasan di atas, mengerjakan sembahyang setelah mu’adzdzin selesai melaungkan azan adalah lebih afdhal. Dengan demikian seseorang itu tidak akan terlepas peluang untuk melaksanakan tuntutan sunat menjawab seruan azan yang telah dijanjikan Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ dengan kelebihan dan ganjaran yang sangat istimewa sebagaimana yang disebutkan dalam hadits Baginda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam di atas.

وَاللهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ

[PEHIN DATU SERI MAh4raJA DATO PAdvka SERI SETIA

DR. USTAZ HAJI AWANG ABDUL AZIZ BIN JUNED]

Mufti Kerajaan,

Negara Brunei Darussalam.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini