Bapa Menangis Sebak,’Puteri Kecil’ Menangis Sebelum M4suk Ke Sek0lah Tak Sanggvp Berpisah

Masalah anak tidak mahu ke sekolah boleh dikatakan satu perkara yang sering dihadapi oleh ibu bapa. Apatah lagi, kalau itu merupakan hari pertama dan buat kali pertama anak ke sekolah. Pagi-pagi lagi pasti akan ada adegan air mata dan sesi memujuk bersama anak-anak.

Tidak dinafikan, ada mak atau ayah yang. cepat tersentuh dan tumpang menangis apabila melihat anak kecil yang berpakaian seragam sekolah menangis tersedu-sedu tidak mahu ‘berpisah’.

Begitulah yang terjadi pada adik Aisyah yang baru sahaja memulakan sesi persekolahan tetapi tidak mahu ‘lepaskan’ ayahnya pulang.

Menerusi satu rakaman vieo yang dikongsikan melalui laman Tiktok milik Syazzamer menunjukkan adegan air mata di depan pintu pagar sekolah.

Difahamkan, anak kecil ini tidak mahu ke sekolah dan ingin pulang bersama ayahnya. Aisyah sangat rapat dan akrab dengan ayahnya.

“Aisya kenapa tak nak masuk sekolah, Aisya tak sayang ayah ke,” tanya ayahnya.
Dalam rakaman tersebut, anak kecil ini memeluk ayahnya sambil berkata “sayang ayah, Aisya nak balik…”
Bayangkan kalau kita berdepan dengan situasi ini, semestinya hati akan cair dan tidak sanggup membiarkan anak menangis.

Katanya Zamer, dia memang akan ‘kalah’ dengan puteri sulungnya jika anak kecilnya menangis dan merayu kepadanya.

Rata-rata warganet turut berasa sebak dan ada yang mengalir air mata selepas melihat telatah anak kecil ini yang sangat manja dengan ayahnya. Benarlah, kasih sayang ayah pada anak perempuan tiada galang gantinya. Terima kasih ayah!

Sumber:SiakapKeli

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini