Bel4njakan RM25k Demi M3ngub4h Suai Rum4h lbu Terc1nta. Lep4s Tu B4ru Pikir N4k Beli K3reta S3ndiri.

Belanjakan RM25 Ribu Demi Mengubah Suai Rumah Ibu Tercinta. Lepas Tu Baru Pikir Nak Beli Kereta Sendiri. Terbaik Bang

Apabila disoal apakah pengorbanan ibubapa kita terhadap kita, pastinya tak mampu untuk kita senaraikan satu persatu. Apatah lagi untuk membalas kesemua pengorbanan tersebut. Jika ditukar kepada nilai wang ringgit, habis harta kekayaan kita sekalipun kita tidak akan mampu membayarnya.

Ramai ibubapa sanggup mengorbankan kehendak dan kesenangan mereka demi anak-anak. Tapi, adakah kita sebagai anak sanggup melakukan perkara yang sama? Itulah apa yang kami ingin kongsikan semula. Sebuah kisah yang pernah tular sekitar tahun lalu.

Kisah ini adalah mengenai seorang pemuda yang memilih untuk bahagiakan ibunya terlebih dahulu sebelum memenuhi kehendak sendiri. Menerusi perkongsiannya di akaun Twitter MohdAsriDungun, dia telah mengeluarkan RM 25 ribu untuk mengubah suai rumah ibunya.

KONGSI GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS

Dalam perkongsian tersebut, dia ada menunjukkan gambar sebelum dan selepas proses pengubahsuaian dilakukan. Apa yang paling dibanggakan adalah dia dapat membantu dan memudahkan ibunya untuk mengambil wudhu di dalam bilik ibunya sendiri.

Menerusi perkongsian yang sangat menginspirasikan daripada pemuda tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang sangat positif kepadanya di status berkenaan.

Mereka telah mengucapkan tahniah di atas kejayaan membahagiakan dan memberikan yang terbaik buat ibu tersayang dan turut mendoakan agar kehidupan pemuda itu dipermudahkan kerana mendahulukan keluarga dalam segala hal.

INPIRASI ANAK MUDA YANG LAIN

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh pemuda ini boleh dijadikan inspirasi buat semua anak muda yang lain atau sesiapa sahaja untuk mengutamakan ibubapa dan keluarga terlebih dahulu.

“Orang Lain Ramai Beli Untuk Diri Sendiri, Dia Pentingkan Mak Ayah Dulu” Tindakan Pemuda Habiskan RM25 Ribu Untuk Rumah Ibu

Usaha sehabis baik dan sehabis daya untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka. Jangan risau. Tidak akan berkurang harta anda jika anda melakukan yang sedemikian.

Allah S.W.T pasti akan membalas kebaikan anda dengan ganjaran yang jauh lebih baik suatu hari nanti. Santuni dan bahagiakan mereka seperti mana didalam firman Allah S.W.T menerusi surah al-Israa’ ayat 23 :

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

SUMBER : Twitter MohdAsriDungun

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini