Berbekalkan Dengan Pisang & Kurma, Aksi Pemain Bola Liga Turki ‘Curi Masa’ Untuk Berbuka Tepi Padang Tarik Perhatian Ramai

Berbekalkan Dengan Pisang & Kurma, Aksi Pemain Bola Liga Turki ‘Curi Masa’ Untuk Berbuka Tepi Padang Tarik Perhatian Ramai | Bagi pemain bola sepak, perkara paling penting yang perlu dibuat adalah fokus 100 peratus sepanjang 90 minit berentap di atas padang.

Sepanjang hampir dua jam itulah mereka kena bersungguh-sungguh bermain dengan taktikal yang sempurna. Jika tidak, kemenangan akan jatuh ke tangan pihak lawan.

Tapi bagaimana pula jika ada perlawanan dalam bulan Ramadan? Macam mana pula kalau pemain nak berbuka puasa ketika perlawanan sedang berlangsung?

Sesungguhnya syiar Islam di bumi Turki masih tertegak dengan sempurna, apabila pemain-pemain beragama Islam dibenarkan untuk berbuka puasa walaupun ketika dalam tempoh permainan.

Tular di Twitter, satu rakaman video memaparkan aksi beberapa pemain bola sepak Muslim yang menjamah hidangan berbuka puasa di atas padang.

Berdasarkan video berdurasi 18 saat itu, kelihatan mereka sempat ‘mencuri masa’ berbuka dengan hidangan ringkas seperti kurma, pisang dan air.

Tersentuh juga hati melihat situasi ini, di mana walaupun ‘sibuk’ terikat dengan perlawanan, namun ibadah puasa tidak sesekali mereka tinggalkan.

Video tersebut telah ditonton hampir tiga juta tontonan setakat ini dan menerima pelbagai maklum balas netizen.

Semoga kita dapat mencontohi mereka ini.

Sumber: Twitter Hussain Anwar