Berhentilah Meng4du Kesedih4n Kepada 0rang Lain Bersvjud Hanya Kep4da Allah, Belajar B4ngun S0lat Tahajjud

Berhentilah mengadu kesedihan kepada orang lain bersujud hanya kepada Allah SWT. Sememangnya setiap masalah yang berlaku pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Cuma, sebagai wanita janganlah mengadu kesedihan kepada orang lain sebaliknya tempat paling baik adalah ketika kita bersujud hanya kepada Allah.

Pada hari ini ramai yang terlalu bersikap terbuka dan lebih suka berkongsi permasalah mereka di akaun media sosial.

Solat yang diwajibkan iaitu solat fardu lima kali dalam sehari semalam. Sedangkan solat sunat itu tidak wajib dilakukan, tetapi jika dilakukan akan mendapat pahala serta keutamaan.

Salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan untuk ditunaikan umat Muslim iaitu Solat Tahajjud.

Berhentilah Mengadu Kesedihan Kepada Orang Lain

Solat Tahajjud adalah solat sunat yang ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Terdapat banyak kelebihan buat mereka yang menunaikan solat Tahajjud.

Ibu tunggal yang cukup cekal dan juga penasihat motivasi Puan Dzuriasikim Dzulkefli menerusi akaun Facebooknya mengajak orang ramai berlatih bangun awal untuk menunaikan Solat Sunat Tahajjud.

Menerusi coretannya biasakanlah diri untuk bangkit tidur lebih awal sebelum Solat Subuh dan tunaikanlah Solat Sunat Tahajjud.

TAHAJJUD

“Subuh masuk lewat ketika saya sedang menulis posting ini.

“Bangunlah sedikit awal sebelum masuk waktu Subuh untuk menunaikan solat Tahajjud. Jika tidak biasa, inilah waktu terbaik untuk kita melatih diri.

“Tunaikanlah solat Tahajjud sekurang-kurangnya dua rakaat pada setiap awal pagi sebelum masuk waktu Subuh.

“Untuk permulaan itu adalah yang terbaik. Jika berasa tidak mampu, tunaikanlah sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Bangunlah Dari Tidur Mu

“Apabila sudah biasa nanti, bangun lebih awal lagi. Dan lagi.

“Waktu terbaik untuk menunaikan solat Tahajjud adalah pada satu per tiga malam. Bangunlah dari tidur mu.

“Tidak ada malas atau letih lagi jika kita benar-benar mahukan sesuatu.

Jalan Terbaik Buang Resah, Sedih

“Tahajjud adalah “ubat” terbaik bagi segala “penyakit” dunia. Jalan terbaik untuk membuang resah mu, sedih mu, sakit mu, bahkan untuk sakit fizikal juga.

“Segalanya adalah sangat mudah bagi Allah. Tidak ada satu pun yang sukar bagiNya jika Dia berkehendak untuk memberi.

Mengadu Pada Allah

“Duhai wanita, berhentilah untuk mengadu damba kesedihan mu kepada orang lain.

“Tempat yang terpaling baik untuk kamu mengadu segala kesukaan, kebahagian, kesedihan, ujian, kesakitan, bahkan apa sahaja.

“Adalah ketika kita bersujud dan hanya kepada Allah. Bukan di Mukabuku mu.

“Tidak ada orang yang berasa susah untuk bangkit di malam hari jika mereka benar-benar mahu. Jika kita tidak mahu bangkit, itu bererti kita belum cukup mahu.

“Satu satu doa yang tidak lari daripada sasaran walau seinci ialah DOA pada waktu 1/3 malam.

“Pembuktian dalam Al-quran satu-satunya Solat Sunat yang diabadikan dalam Al-quran adalah Solat Tahajjud:-

“Dan pada sebagian malam hari bersalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.” (Q.S. 17:79 ).

“Doa di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran” (Imam Syafi’i)

Lihatlah bagaimana mudahnya bagi mu untuk mencari jalan keluar….

“Mulai dari hari ini, marilah kita berazam untuk bertahajjud pada setiap hari.

“Paksa diri untuk permulaan. Selepas seminggu, dua minggu dan 3 minggu, kita akan mula rindu jika meninggalkannya.

“Sungguh Tahajjud itu adalah sangat ajaib bagi yang tahu.

“Semoga kita bersahabat sehingga ke Syurga. Amin,” luah Dzuriasikim.

Perkongsian Menjentik Hati

Ternyata apa yang dikongsikan sememangnya menjentik hati. Ramai yang berterima kasih dan berharap akan terus kekal istiqamah.

Sumber:MajalahPerdana

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini