Bukan Main Bahgia Dia Boleh Ikut Abang Dan kakak Ke Skolah Sekali..Tapi Apa Yang Terjadi Buat Adik Aniq Firas Menagis..? Ibunya Kongsi Kisah Di Sebalik Kejadian

Ragam kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan pastinya mencuit hati kerana kebanyakannya akan men4ngis selepas ditinggalkan ibu bapa.

Bagaimanapun, reaksi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang men4ngis kerana tidak dapat memasuki kelas bersama abang dan kakaknya menggamit perhatian warganet.

Menerusi video yang dimuat naik itu, anak bongsu kepada pasangan Sahmiza Ahmad Soaimy, 34, dan Mohd Hafiz Yatim Mustafa, 38, kelihatan men4ngis teresak-esak sambil membaling ‘duit belanja’ yang diberikan kerana tidak dibenarkan masuk ke kelas.

Malah, Aniq Firas juga memakai baju seragam lengkap seperti kakak dan abangnya yang didaftarkan di Pra Sekolah Kebangsaan Teluk Bakong Bota Kanan, Perak pada 21 Mac.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercerita kepada mStar, ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu, anak bongsunya memiliki keunikan tersendiri dan sedikit berbeza dengan dua lagi anaknya.

“Kakak dan abang dia men4ngis bila nak masuk sekolah, Aniq pun men4ngis tapi sebab tak dapat masuk kelas. Mungkin faktor C0vldl9 juga cikgu tak dapat benarkan dia masuk, lagi pun cikgu tu berseorangan kerana pembantunya baru disahkan positif wab4k itu.

“Jadi, saya terp4ksa cari tadika berhampiran dan bertanya sama ada kanak-kanak berusia tiga tahun dibenarkan belajar atau tidak sebab dia jenis ‘tak makan’ pujuk,” katanya yang kini menetap di Bota Kanan.

Menurutnya, keghairahan Aniq Firas yang lebih mesra dipanggil adik untuk belajar di sekolah disebabkan dia pernah mengikut kakak dan abangnya ke tadika serta belajar bersama-sama.

Dia gembira apabila diberi peluang masuk ke kelas bersama kakak dan abangnya.

“Tahun lepas dia dapat masuk kelas bersama Aisyah Fariha dan Asyraf Faiq. Masa tu kakak dan abangnya masing-masing berusia lima serta empat tahun. Mereka belajar di Tadika Sepakat Keramat AU3, Kuala Lumpur.

“Dia sangat gembira bila dapat masuk belajar bersama. Apabila kena beratur, dia akan beratur bersama dan berdiri paling hadapan malah dia juga pandai berkawan dengan murid-murid yang lain.

“Selepas sejam berada dalam kelas, baru dia akan ajak saya pulang ke rumah,” katanya sambil menambah, anak bongsunya itu merupakan seorang yang ceria, peramah dan tidak t4kut dengan orang luar.

Menurutnya lagi, perkara yang tidak dapat dilupakan tentang anak bongsunya itu adalah kejadian yang berlaku pada Rabu lalu.

Aniq Firas juga disukai jirannya semasa menetap di Keramat.

Katanya, pada masa itu, dia sedang memilih baju seragam untuk kedua-dua anaknya dan tiba-tiba Aniq Firas ‘bert3riak’ kerana mahukan pakaian yang sama.

Lebih menggelikan hati apabila anaknya itu turut meminta bekal makanan seperti dua saudaranya itu.

“Saya sediakan juga untuk dia… tapi dia makan selepas ambil kakak dan abangnya dari sekolah sebab merajuk. Yelah, dia tak dapat masuk belajar sekali.

“Bila saya cakap dia masih kecil dia akan m4rah saya balik. Adik kalau m4rah dia selalunya mer4juk, men4ngis atau buat muka,” jelasnya yang tidak mahu memanjakan anak secara berlebihan.

“Bila dapat telefon… dia akan terus berada dalam dunia dia tanpa mengganggu orang sekeliling. Keunikan dia tu menyebabkan jiran di Keramat panggil dia imam sebab abang dan kakaknya kena ikut cakap dia kalau mereka berkunjung ke sana.

SAHMIZA
Sahmiza yang juga suribisnes memberitahu, Aniq Firas seorang anak yang suka mencuba dan sering berada dalam dunianya sendiri apabila bersendirian.

“Perwatakan adik lain sikit, dia suka mencuba sesuatu yang baru berbanding abangnya. Kalau pergi memancing, dia akan cuba lakukan seperti orang dewasa, malahan bersedia pegang ikan.

“Bila dapat telefon… dia akan terus berada dalam dunia dia tanpa mengganggu orang sekeliling. Keunikan dia tu menyebabkan jiran di Keramat panggil dia imam sebab abang dan kakaknya kena ikut cakap dia kalau mereka berkunjung ke sana.

“Pernah berlaku kejadian yang tak dapat saya lupakan, Aniq Firas tiba-tiba mengambil pis4u di kedai serbaneka dan meng4cukannya kepada saya seolah-olah mengvgut.

Sahmiza bersama suami dan tiga anaknya.

“Dia buat macam tu lepas saya cakap ‘no mainan’. Pada masa tu saya bawa ketiga-tiga anak ke bahagian perkakas dapur kerana mahu membeli barang sebab mak baru pindah rumah.

“Saya tidak sedar yang pis4u diletakkan pada bahagian bawah rak sehingga dia boleh mencapainya. Mungkin dia tidak tahu perbuatan itu salah tapi saya berharap alatan tajam seumpama itu tidak diletakkan di kawasan yang mudah dicapai,” ujarnya.

Berkata lanjut, Sahmiza mengakui dia terkejut dengan tindakan anak bongsunya itu dan berasa pelik kerana kartun yang ditonton tidak memaparkan aksi g4nas seumpama itu.

Komen netizen:

Sumber:PtvNews

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini