Beberapa Tips Penting Agar Cili Kekal Segar Dalam Peti Ais Walaupun Sudah Sebulan Simpan

ᴛᴇʀᴅᴀᴘᴀᴛ ᴘᴇʟʙᴀɢᴀɪ ᴄᴀʀᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴʏɪᴍᴘᴀɴ ʙᴀʜᴀɴ ᴍᴀꜱᴀᴋᴀɴ ᴀɢᴀʀ ᴛᴀʜᴀɴ ʟᴀᴍᴀ. ʙᴀʜᴀɴ-ʙᴀʜᴀɴ ᴋɪꜱᴀʀ ꜱᴇᴘᴇʀᴛɪ ʙᴀᴡᴀɴɢ ᴍᴇʀᴀʜ, ᴄɪʟɪ ᴅᴀɴ ʙᴀᴡᴀɴɢ ᴘᴜᴛɪʜ ꜱᴇʀɪɴɢ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ʙᴀʜᴀɴ ᴜᴛᴀᴍᴀ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴍᴀꜱᴀᴋᴀɴ. ʙɪᴀꜱᴀɴʏᴀ ᴊɪᴋᴀ ꜱᴇᴍᴜᴀ ʙᴀʜᴀɴ-ʙᴀʜᴀɴ ɪɴɪ ꜱᴜᴅᴀʜ ꜱɪᴀᴘ, ꜱᴜᴅᴀʜ ᴛᴇɴᴛᴜ ᴋᴇʀᴊᴀ ᴍᴇᴍᴀꜱᴀᴋ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ᴍᴜᴅᴀʜ ᴅᴀɴ ᴄᴇᴘᴀᴛ.

Biasanya bahan-bahan ini akan disimpan dalam peti ais dalam tempoh yang lama antara seminggu dan dua minggu, malah ada yang sebulan! Namun, jika salah penyimpanan akan mengakibatkan bahan yang dikisar tadi bertukar warna yang boleh menjejaskan rasa masakan.

Kadang kala kita suka beli stok cili banyak sekaligus. Lagi-lagi dengan pandemik ketika ini, ramai orang dinasihati supaya kurang menjejak kaki keluar rumah dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. Supaya elak pembaziran, anda boleh cuba ikut tips ini supaya cili kekal segar dalam peti sejuk walaupun sudah sebulan disimpan.  Caranya:

  1. Cabut semua tangkai cili yang hendak disimpan. Jangan basuh.

2. Ambil bekas, lapik dengan tisu kemudian letak bawang putih yang tidak dikupas. Ini yang membuatkan cili dapat bertahan lebih lama.

Biasanya kita akan simpan cili tanpa letak bawang putih. Jadi anda boleh pratikkan tips ini. Cara yang sama ini digunakan untuk simpan daun sup dan daun bawang.  Hanya pastikan daun tersebut kering ketika disimpan dan dialas dengan tisu di atasnya sebelum tutup bekas. Selamat mencuba!

Sumber: gegar