Dengar Bisikkan Gh4ib, lbu Der4 Anak Sehingga Meningg4l Dunia

Didakwa gara-gara terima bisikan ghaib, seorang ibu berusia 35 tahun mendera anaknya sendiri hingga mati dan cedera parah di Brebes, Indonesia.

Dilaporkan oleh Tribun News, tiga mangsa yang terlibat merupakan darah dagingnya sendiri, masing-masing berumur 10, tujuh dan lima tahun.

Menurut laporan, anaknya yang berusia tujuh tahun itu telah meninggal dunia, manakala dua lagi masih dalam keadaan kritikal.

Kronologi kejadian
Memetik Tribun News, kejadian tersebut dilapor telah berlaku pada 20 Mac (hari ini) selepas waktu solat Subuh.

Difahamkan, tempat kejadian dilaporkan berlaku di rumah suspek (ibu terbabit) di Dusun Sokawera, Brebes di Jawa Tengah.

“Pada pagi tersebut, penduduk setempat terdengar jeritan dari rumah pelaku dan mereka yang dengar jeritan tersebut pergi melihat serta cuba untuk masuk ke dalam rumah.

“Pintu rumahnya dipecahkan oleh penduduk dan mereka terus melihat mangsa yang berada dalam keadaan parah.

“Mangsa yang berumur tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di bahagian leher,” lapor Tribun News.

Sementara itu, dua lagi anaknya pula ditemui dalam keadaan kritikal serta mengalami kecederaan di bahagian leher, sebelum dikejarkan ke hospital.

Saksi penduduk
Seorang saksi kejadian, Iwan yang merupakan penduduk setempat telah berkongsi keterangannya kepada pihak polis.

Difahamkan, ketika membawa motosikal keluar dari rumahnya selepas solat Subuh pagi tadi, Iwan terdengar jeritan dan kekecohan dari dalam rumah suspek.

Menurutnya, jeritan tersebut muncul dari mulut pembantu rumah suspek, Hamidah yang tinggal bersama dan menyaksikan sendiri tragedi ngeri itu.

Disebabkan risau, Hamidah cuba membuka pintu bilik tersebut (lokasi kejadian), namun ia terkunci dari dalam.

Oleh sebab itu pembantu rumah berkenaan terpaksa menjerit meminta tolong sebelum Iwan muncul dan berkejar ke sana.

“Saya terdengar suara kekecohan dari arah rumah tersebut disertakan dengan suara jeritan kanak-kanak.

“Jadi saya dan penduduk yang lain datang ke rumah itu lalu memecahkan pintu biliknya,” jelas Iwan, lapor Tribun News.

Sejurus bilik berjaya dipecah masuk, Iwan terus membantu salah seorang mangsa yang tercedera di bahagian dada dan muka, manakala dua laginya masih terbaring.

“Saya terus membawa salah seorang anaknya ke hospital dan ketika itu ibunya (suspek) masih memakai telekung,” jelas Iwan menerusi Tribun News.
Suspek seorang pendiam
Ketua Polis Daerah Brebes, Heru Prasetio berkata, suspek yang dikenali merupakan seorang individu yang pendiam, malah baru sahaja menganggur baru-baru ini.

“Jujur penduduk di sini sangat terkejut kerana tidak ada tanda hal-hal seperti ini akan berlaku. Tambahan pula pelaku juga dikenali sebagai seorang yang pendiam,” jelasnya, lapor Tribun News.

Menurut Heru, sepanjang beliau mengenali suspek, wanita itu sebenarnya bukanlah seseorang yang mencurigakan.

Bagaimanapun ketika kejadian ngeri itu berlaku, suaminya tiada di rumah kerana mempunyai tugasan luar.

Suspek mengaku terima bisikan ghaib
Sementara itu, pegawai polis, AKP Syuaib Abdullah berkata, suspek kini sudah ditahan sementara anak pertama dan ketiganya masih dirawat di hospital.

Bagaimanapun, pihak polis masih belum boleh mengesahkan sekiranya suspek mengalami masalah tekanan perasaan atau tidak.

Namun buat masa ini, suspek mendakwa tujuan dia mendera anak-anaknya adalah disebabkan kerana mendengar bisikan ghaib.

“Kami masih tidak boleh mengesahkan sama ada suspek mengalami tekanan perasaan atau tidak kerana kes masih dalam proses siasatan.

“Namun, mengikut pengakuannya, punca dia melakukan hal tersebut adalah kerana telah menerima satu bisikan ghaib,” jelasnya.

Sumber:SiakapKeli

Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama,Semoga Anda Semua Sentiasa Dimurahkan Rezeki Di Lindungi Allah..Aamiin..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini