Detik Kalimah Allah Terbentuk Di Awan,Selepas Pakcik Penjual Aiskrim Ini Membaca ‘Doa’

ais krimKisah seorang warga emas yang menjunjung tong ais krim untuk dijual telah tular di media sosial beberapa bulan sebelum ini. Video yang dimuatnaik di youtube telah mendapat tontonan lebih 200 000 tontonan, 10 ribu tanda suka dan lebih seribu komen positif daripada penonton.

ais krimPakcik Mohd. Said atau lebih mesra dipanggil Pakcik Said merupakan seorang penjaja ais krim di sekitar Bandar Tawau Sabah. Ketika ditemubual, pakcik memberitahu dia sudah berumur 66 tahun. Dia menjual ais krim sebagai sumber pendapatannya. Dia akan naik bas dari rumahnya ke sebuah supermarket kemudian berjalan kaki menjaja di beberapa kawasan berdekatan.

Pakcik said telah menjadi penjaja ais krim selama setahun lebih..

Ketika berjualan, pakcik akan menjunjung tong yang dipenuhi ais krim untuk dijual di kawasan berdekatan. ais krimBerkongsi rahsianya masih tetap kuat berjualan meskipun sudah berumur 66 tahun, pakcik Said berkata, rahsianya ialah rajin beristighfar sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.

Ketika berniaga memang ada pasang surutnya. Katanya, apabila musim hujan, jualannya selalunya tidak habis. Namun itu tidak membuatnya sedih dan mematahkan semangatnya kerana dia percaya pasti ada rezeki untuknya keesokan hari.

Pakcik said sempat berpesan bahawa, sedekah akan memberatkan timbangan kebaikan di akhirat. Katanya ,“Sedekah di dunia mendatangkan 700 rahmat dan menolak datangnya bala yang mengancam kita.”

Pakcik said terharu jualannya habis diborong

Sedekah juga tidak akan mengurangkan harta,malah menambahkannya. Bertambah mungkin bukan berbentuk harta, malah ketenangan jiwa, kebahagiaan keluarga, diberi kesihatan berpanjangan juga mungkin sebab dari perbuatan sedekah kita.

Terharu jualannya diborong, pakcik tidak putus-putus mendoakan kami.

Dengan doanya yang begitu panjang, fasih dan mendalam, air mata pakcik pun tak putus-putus mengalir, terharu kerana tak sangka jualannya habis sekelip mata dengan izin Allah. Masha Allah, luar biasa amalan pakcik ni. Penonton yang memberi komen pun terharu dengan lantunan doa pakcik yang menyentuh hati.

Kalimah “Allah” tiba-tiba muncul di Langit

Ketika video ini ditayangkan, salah seorang penonton tiba-tiba perasan kemunculan kalimah ” Allah” di langit ketika pakcik sedang membacakan doa. SubhanAllah..MasyaAllah…Allahuakhbar!

Video penuh :

Sumber:LakarMedia

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini