Sering Di Sindir Mandul 0leh Rakan Sendiri,Pengasuh Redh4,Tumpang Kasih Anak Asuhan…Ramai Warganet Doakan Supaya Allah Kurniakan Zuriat

Memiliki zvriat semestinya menjadi idaman pasangan yang sudah berumah tangga.

Mana tidaknya, anak-anak dikatakan penyeri kepada kehidupan bahagia suami isteri.

Namun, tidak semua pasangan dikurniakan rezeki memilikinya di usia awal perkahwinan malah ada yang berjaya menimang zvriat ketika usia perkahwinan melangkau belasan tahun.

Sama ada lambat atau cepat, rezeki kurniaan Allah itu adalah pasti dan manusia tidak sewajarnya menghukum dan mencela pasangan yang tidak memperoleh.

Berkongsi kisah kepada mStar, Noorezwani Abdul Halit, 31, berkata, dia pernah dic3muh dan dilabel sebagai m4ndul hanya kerana tidak berjaya mendapatkan zvriat dalam tempoh tujuh tahun perkahwinannya.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurutnya, perkara yang paling menyed1hkan apabila kata-kata tersebut keluar daripada mulut rakan sendiri.

Malah katanya, dia turut dis1ndir oleh rakan yang baru mendirikan rumah tangga tetapi sudah mempunyai anak.

“Kawan-kawan sendiri s1ndir kata dia baru berkahwin dah ‘lekat’ sedangkan saya dan suami sudah lama kahwin tetapi tidak ada lagi (anak). Ada juga yang kata saya m4ndul,” luahnya s4yu.

Masa terluang sering dihabiskan bersama.

Pasangan ini sering menghabiskan masa terluang bersama.

Menurut pasangan kepada Muhammad Fazli itu lagi, dia dan suaminya sudah berikhtiar sebaik mungkin bagi mendapatkan zvriat termasuk r4watan IUI.

IUI atau lebih dikenali sebagai intrauterine insemination iaitu kaedah r4watan kesuburan atau prosedur fertility yang digunakan untuk menghantar sp3rma secara terus ke serv1ks atau r4him dengan harapan untuk hamil.

“Sebelum ini saya ada cuba berurut dan berubat kampung tapi masih belum ada rezeki lagi. Pernah juga saya berjumpa doktor pakar untuk mendapatkan r4watan lanjut.

“Pada masa tu, doktor sahkan saya ada PCOS kerana h4id saya tidak teratur dan dia sarankan saya untuk turunkan berat badan bagi memudahkan kehamilan

“r4watan IUI pula dua kali… IUI pertama bulan Oktober 2020 manakala r4watan kedua pada Oktober 2021,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada 3 April 2015.

Perkahwinan didirikan pada 3 April 2015.

Tambah anak kelahiran Ipoh Perak itu, sepanjang tempoh perkahwinan, dia pernah hamil dan gvgur sebanyak tiga kali dan kali terakhir adalah awal tahun lepas.

Bercerita lanjut, ujarnya, pertama kali dia disahkan hamil adalah pada 2016 iaitu kira-kira setahun perkahwinannya dan kali kedua adalah pada 2017.

Namun, sehingga kini mereka berdua reda kerana belum dikurniakan rezeki dan hanya mampu menumpang kasih anak asuhan yang masih kecil.

Anak asuhan lain pun semua rapat tapi yang ni special sikit… dia tumpang kasih dengan saya dan suami, kami pun tumpang kasih dengan dia.
NOOREZWANI
Cerita wanita yang mesra dipanggil Wanie ini lagi, sejak mendirikan rumah tangga, dia mengambil upah sebagai pengasuh dan sangat gembira menjaga kanak-kanak sehingga kesemuanya menjadi rapat dengannya dan suami.

“Saya mula mengasuh dari tahun pertama kahwin. Ramai yang saya mengasuh dan kebanyakannya sudah bersekolah, yang terkini adalah kanak-kanak berusia 1 tahun 2 bulan… saya mengasuh dia dari lepas p4ntang.

“Anak asuhan lain pun semua rapat tapi yang ni special sikit sebab mak ayah dia dah berpisah. Jadi dia tumpang kasih dengan saya dan suami, kami pun tumpang kasih dengan dia,” jelasnya.

Perkongsiannya di laman TikTok membuatkan warganet yang menonton berasa s4yu dan rata-ratanya mendoakan kedua-dua mereka beroleh zvriat.

Rata-rata netizen mendoakan Wanie dan suaminya memperoleh zvriat.

“Untung anak asuhan ni dapat pengasuh suami isteri layan (dia) macam anak sendiri. Semoga awak dan pasangan dikurniakan zvriat.”

“Saya dulu pun tumpang kasih anak orang. Anak mengasuh pun rapat dengan saya, kemana-mana masa kecil dia ikut… Kemudian dapat juga rezeki selepas 10 tahun (berkahwin).”

“Insya-Allah berkat mengasuh anak orang macam anak sendiri, Allah angkat doa supaya dapat rezeki menjadi ibu juga suatu hari nanti.”

Video dengan kapsyen tujuh tahun dan hashtag ‘pejuang dua garis’ itu ditonton lebih 101,300 pelayar TikTok selepas dikongsikan.

Sumber:SinarViralNetwork

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini