Dulu Ramai Kagum Dengan Suara R0ck, Sekarang Tiada Lagi..Kini Ali XPDC Bergadai Harta Akibat..

Vokalis kumpulan XPDC, Ali bersyukur diberikan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan ketika ini.

Diserang angin ahmar dan ditidurkan akibat kesukaran bernafas kerana masalah jantung dan paru-paru sebelum ini, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, 54, semakin stabil.

“Alhamdulillah, saya bagai hilang kata-kata diberi nikmat hidup ini. Saya pernah berada pada tahap peratusan 50/50 untuk hidup.

Seperti nyawa-nyawa ikan ketika itu. Allah tarik nikmat aset suara saya miliki, tapi dibentangkan banyak hikmah.

Bergadai Emas Buat Modal Jual Kerepek, Ali XPDC Syukur Diberi Peluang Kedua – “Allah Dah Tarik Nikmat Suara …”

“Tapi kini keadaan saya semakin okey. Dulu nak bercakap pun susah. Sekarang boleh bercakap walaupun tak lancar.

Kalau susah sangat nak bercakap, isterilah yang jadi wakil (bercakap). Sehingga kini saya masih meneruskan fisioterapi dan ‘rehab’ seminggu sekali di Hospital Rehabilitasi Cheras.

“Pergerakan dan kos ulang-alik ke hospital juga dapat dijimatkan serba sedikit kerana saya sudah berpindah menyewa pangsapuri di Seri Kembangan sejak awal Ramadan lalu.

Dulu masa tinggal di Klang, banyak guna duit,” kata Ali kepada wakil media yang berkunjung ke kediamannya baru-baru ini.

Tambah Ali, dia bersyukur di saat hilang punca rezeki, banyak pihak yang datang untuk menghulurkan bantuan kepadanya sekeluarga.

“Kos rawatan di Hospital Ampang sebelum ini selama tiga minggu RM12,000 ditanggung Baitumal. Begitu juga bayaran sewa rumah RM850 turut dibantu badan berkenaan.

“Kediaman baharu yang disewa pun sewanya dibayar Baitulmal sebanyak RM800. Kami hanya bayar RM50 saja,” kata Ali.

Namun, sejak awal Ramadan lalu juga, Ali enggan terus berpeluk tubuh sebaliknya cekal mengusahakan perniagaan menjual kerepek dan kuih tradisional.

“Anak saya syorkan takkan nak terus menerima sumbangan orang, lalu mereka mencadangkan untuk menjalankan perniagaan. Akhirnya kawan syorkan saya menjual kerepek dan kuih diusahakannya.

“Kami berniaga di tapak Pekan Sungai Besi. Tapak pun kawan saya uruskan tanpa perlu saya membayar sewanya. Cuma masa nak mulakan perniagaan itu, duit simpanan yang ada ditampung dengan barang kemas digadai isteri jadi modal. Hasilnya dapatlah kumpul RM8,000 sebagai modal.

“Ketika ini, tiga anak saya termasuk lelaki sulung bergilir-gilir menjaga gerai kerana saya belum kuat untuk menjaganya seorang diri.

Hasil jualan ini bolehlah menampung kehidupan saya sekeluarga. Malah pernah hasil jualan cecah RM300 sehari,” kata Ali sambil memberitahu wakil kelab peminat XPDC turut datang ke rumah dan menghebahkan perniagaan diusahakannya.

Terdahulu, Ali dan isteri, Sharifah Azuwanna Syed Joned, menerima kunjungan pihak stesen radio Buletin FM bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.

Ali XPDC kena angin ahmar di restoran

Kuala Lumpur: Penyanyi Ali XPDC sekali lagi berdepan ujian getir apabila dikejarkan ke Hospital Ampang (HA) selepas mengalami serangan angin ahmar ringan, semalam.

Pemain gitar XPDC, Izo ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika mereka mahu makan selepas selesai berlatih di studio Eddie (pemain bass) di Pandan Indah.

“Kami dalam persiapan Konsert Jualan Hitam 2022 yang bakal berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.

“Ali nampak sihat seperti tiada apa-apa masalah semasa latihan. Apabila selesai dan hujan lebat reda, kami bergerak ke restoran berdekatan sekitar jam 9.30 malam.

“Ketika ini keadaan Ali diam sahaja tak bercakap. Dia tak sempat makan kerana apabila makanan sampai, keadaannya seperti mamai dan tidak bercakap. Kami tanya pun tiada respons,” katanya kepada Harian Metro.

Anak Izo iaitu Arif yang turut terbabit dalam XPDC segera menghubungi ambulans, manakala Izo pula segera menghubungi isteri Ali bagi menjelaskan apa yang berlaku.

“Kebetulan isteri dan anak-anaknya turut serta dan menunggu dalam kereta sekitar situ. Mereka segera datang ke restoran terbabit.

“Sementara Arif pula banyak berkomunikasi dengan doktor dan buat apa yang disuruh sehinggalah ambulans sampai. Keadaan Ali ketika itu sangat lemah.

“Saya dan penganjur bercadang melawatnya hari ini dan mendapatkan pengesahan doktor berhubung penyakit sebenar yang dihidapinya,” katanya.

Menurutnya, selepas itu baharulah mereka akan membuat keputusan samada menunda konsert atau digantikan dengan penyanyi lain.

Terdahulu Ali, 53, pernah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), selepas mengalami serangan jantung pada September lalu.

Kronologi peristiwa bermula apabila pada 26 Mac 2020, dia pernah melecur 30 peratus di tangan dan muka selepas disambar api ketika membakar sampah di rumahnya.

Awal tahun ini, Ali pernah dikejarkan ke Hospital Shah Alam selepas mengalami kesukaran bernafas dan masalah jantung.

Sementara itu, Pengerusi Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA), Ayob Abd Majid berkata, isteri Ali memberitahu, doktor mengesahkan suaminya terkena serangan strok ringan dan kini ditempatkan di unit kecemasan Hospital Ampang.

Sumber:Gempak

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini