Di Usia 17 Tahun Gadis Ini Sudah Ada Keseluruhan 30 Juzuk Al Quran Dalam Ingatan

Di Usia 17 Tahun Gadis Ini Sudah Ada Keseluruhan 30 Juzuk Al Quran Dalam Ingatan | Menjadi seorang hafiz atau hafizah yakni orang yang menghafal Al Quran sudah tentu merupakan impian seluruh umat Islam. Allah menjanjikan pahala yang melimpah jika kita sentiasa pelihara Al-Quran dalam ingatan otak kita.

Peluang ini berjaya dikecapi oleh Aminah Muhaiminun. Pada usia 17 tahun, gadis ini berjaya menghafal keseluruhan 30 juzuk Al-Quran di dalam kepala.

Sejak Aminah berusia 7 tahun lagi, beliau telah mula menimba ilmu di sebuah pondok berasrama di Cikarang Bekasi cabang Yayasan Darul Quran (Daqu) milik seorang ulama sekaligus usahawan yang berjaya iaitu Ustaz Yusuf Mansyur. Pondok berasrama di bawah kelolaan ustaz tersebut diwujudkan untuk fokus melahirkan hafiz-hafizah Al Quran yang masih muda di Indonesia.

Di sanalah, Aminah berusaha mendapatkan keyakinan untuk menghafal Al Quran sebagai amalan Akhirat bagi dirinya dan untuk kedua orang tuanya.

Terdapat pengalaman yang luar biasa ketika Aminah mulai bertekad untuk menghafal hingga akhirnya dia dapat menghafal Al Quran. Aminah mengatakan bahawa setiap kali dia berdoa kepada Ilahi, dia merasakan bahawa doanya selalu dijawab dan dikabulkan.

“Iya, setelah hafal, setiap doa gampang banget dikabulkan aja gitu,” tutur Aminah kepada Arah.com.

Selain itu, Aminah juga mengakui bahawa hidupnya dan keluarganya semakin diberkati. Dia juga merasakan bahawa setiap langkah dan urusan dipermudahkan oleh ALlah SWT.

Gadis kelas 2 SMA asal Tasikmalaya ini memberikan tipsnya untuk dapat menghafal Al Quran. Perkara yang penting sekali, kata dia, ketika berniat untuk menghafal Al Quran jangan terlalu memikirkan untuk menjadi popular.

Menurutnya lagi, menghafal Al Quran niatnya harus benar-benar lillahi ta’ala atau ikhlas kerana Allah SWT. Tak dapat disabgkal lagi, Aminah mengakui bahawa menghafal Al Quran akan menjadi mudah dan lapang.

Meskipun kini sudah hafal, Aminah mengaku beliau juga kadangkala akan terlupa. Sehingga dia sering melakukan murojaah atau pengulangan dalam Al-Quran dan lebih sering membacanya.

Kisah Aminah lebih memberi inspirasi kerana selain menjadi hafizah pada usia muda, dia juga berjaya berada di kedudukan 3 teratas di kelasnya di sekolah.

Kini Aminah bertekad untuk membahagiakan ibu bapanya dengan menjadi usahawan yang berjaya di masa hadapan.

Pada mulanya Aminah ingin menjadi wanita kerjaya yang bekerja di pejabat. Namun, sejak melihat Ustaz Yusuf Mansur, yang menjadi usahawan berjaya, dia mendapat inspirasi dan ingin mengikuti jalan yang serupa untuk membuat orang tuanya bangga. (Dini Afrianti)