Inilah Petua Yang Mudah Untuk Menghilangkan Angin Dalam Badan Kita

Air minuman ini telah diberikan cara-cara membuatnya oleh pembantu yang datang berkemas rumah, orang Indonesia,katanya dapat menghilangkan tidak sedap badan juga boleh membuang angin, hujan sejuk dingin kena sangat la dengan cuaca sekarang.

Minum suam-suam boleh juga memanaskan badan pun sedap juga tak pahit pun. Jom minum. Minuman Halia, Serai, Kulit Kayu Manis.

Resepi

2 cawan air

2-3 ruas jari halia buang kulit dan diketuk

1-2 btg serai diketuk diperdu

1-2 btg kulit kayu manis

5 biji cengkih

Gula melaka sekeping.

Masuk kesemua bahan ke dlm periuk,masak sehingga mendidih.

Minum ketika suam.

Semoga Bermanfaat kepada pembaca.

Kredit : makcik ratu

Sumber: Petua Ibu