Hukvm lsteri Mengiringi Jen4zah Suami Ketika Tempoh Iddah

Saya cuma ingin mendapat pandangan terbaik Datuk Mufti. Apakah seeloknya isteri tidak ikut ke masjid untuk urusan jenaz4h suami dan solat jenaz4h, juga untuk ke kubur mengiringi jenazah ?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Islam datang meraikan sifat asal wanita. Apabila kaum wanita kehilangan suami, ayah dan sanak saudaranya yang rapat dengannya, ramai yang tidak tahan perasaan lalu meraung pedih, menarik-narik baju dan memukul-mukul badan sendiri kerana kedukaan. Perbuatan-perbuatan sebegini berasal daripada adat jahiliyyah yang ditegah oleh Islam. Daripada Abdullah bin Mas’ud R.anhuma, sabda Rasulullah SAW:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الخُدُودَ، وَشَقَّ الجُيُوبَ، وَدَعَا بِدَعْوَى الجَاهِلِيَّةِ

Maksudnya: Bukan daripada kalangan kami orang yang menampar-nampar pipi (kerana kem4tian), mencarik-carik baju, dan mengikut seruan (tradisi) Jahiliyyah.

Hadis riwayat al-Bukhari (1297)

Daripada Umm Atiyyah R.Anha bahawa dia berkata:

نُهِينَا عَنْ اتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ وَلَمْ يُعْزَمْ عَلَيْنَا

Maksudnya: Kami (kaum wanita) dilarang daripada mengikut jenaz4h-jenaz4h (ke kekubvran) dan Baginda (SAW) tidak mel4rang dengan keras (hal demikian) ke atas kami.

Hadis riwayat al-Bukhari (1278)

Menurut Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’ (5/277-278) l4rangan ini bersifat makruh tanzih. Inilah mazhab Syafie dan jumhur, manakala dalam Mazhab Malik tidak menganggap makruh kecuali bagi bagi wanita muda. Diceritakan daripada al-Abdari bahawa Imam Malik menganggapnya makruh kecuali jika jenaz4h itu ialah anaknya, ibu ayahnya, dan suaminya.

Sebahagian ulama menganggap perbuatan mengiringi jenaz4h ini sebagai makruh tahrim berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW menegur wanita yang menunggu-nunggu jenaz4h:

ارْجِعْنَ مَأْزُورَاتٍ غَيْرَ مَأْجُورَاتٍ

Maksudnya: Pulanglah kalian, kalian akan berd0sa dan tidak mendapat pahala.

Hadis riwayat Ibn Majah (1579). Namun, Al-Nawawi menganggap hadis ini daif.

Kami berpendapat cukuplah wanita itu tinggal di rumah dan, jika ingin solat jenaz4h, solat sahaja di rumah dan tidak mengikuti jenaz4h ke perkubvran. Ini bagi menghormati hukum ihdad (berkabung) dalam tempoh iddah bagi wanita yang kem4tian suami. Jika sudah tamat waktu iddah, maka bolehlah menziarahi kubvr suaminya sambil menjaga akhlaq ketika ziarah kubvr.

Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman dan kekuatan untuk mengikuti setiap perintah Syariat Islam dalam mencapai Mardhatillah. Amin.

Wallahua`lam.

Subhanallah. Apakah Amalan Yang Membuatkan Jnzah Arwh Pesara Gurv Ini Dis0lati Oleh 3 bu4h Masjid

Sentiasa bertahajjud dan berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Itulah amalan seorang pesara guru, Abd Samat Abd Ghani yang men1ngg4l dunia akibat s4kit dalam perut, semalam sehingga Allah memuliakan pengakhiran hidupnya apabila jen4zahnya disolatkan di tiga buah masjid sebelum dikebumikan.

Menurut sahabatnya Mohd Nizam Idris, arw4h sangat istaqamah dalam perjuangan Islam sehingga beliau diberikan amanah untuk menggalas tugas sebagai Setiausaha Masjid Jamek Sultan Hishamudin Pekan Sabak dan Pengerusi Lujnah Tarbiyyah Pas Kawasan Sabak Bernam.

Dalam perkongsiannya di Facebook, Mohd Nizam menyifatkan pemergian arw4h sesuatu yang sangat istimewa apabila jen4zahnya disolatkan di tiga buat masjid di Sabak Bernam iaitu Surau Jumaat Taman Pertama, Masjid Jamek Sultan Hishamudin dan Masjid Bagan Nakhoda Omar.

“Tenanglah sahabat. Berada di negeri yang kekal abadi. Disolatkan di tiga buah masjid adalah sesuatu yang sangat istimewa. Perginya pada waktu Subuh 1 Rejab akibat s4kit perut hari sebelumnya,” katanya.

sumber:facebook

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini