Ilmu Lembutkan Hati Anak-anak

Ilmu Lembutkan Hati Anak-anak | Sebagai seorang ibu dan ayah, kita semestinya idamkan anak-anak kita menjadi insan yang berjaya di dunia. Kita idamkan anak-anak kita mendapat pendidikan baik, juga dapat ditawarkan kerja yang baik dan menjalani kehidupan yang baik.

ibu bapa yang mahukan anak yang bijak, aktif dan soleh, ada pelbagai cara psikologi boleh dilakukan bagi menjadikan anak anda seperti yang anda ingini. Insyaa allah…

Selain daripada mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak menghadapi anak yang degil, anda boleh juga amalkan doa di bawah. Doa yang lazim diamalkan oleh ibu-ibu ketika memasak di dapur…

Doa Melembutkan Hati Anak Yang De gil

Doa melembutkan hati anak yang de gil dalam rumi:

Allahulathiifum bi’ibaadihii, yarzuqumayyasak’ wahuwal qawiyyul ‘aziiz…

Maksudnya:

Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syuraa, Ayat: 19)

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. In-Sha-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.

Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

VIDEO:

Selamat mencuba. Kita berdoa dan berusaha dengan cara yang baik, In-Sha-Allah doa kita akan dimakbulkan. Teruskan berusaha untuk membina keluarga cemerlang.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat