Ini Adalah Bacaan 2 Ayat Yang D4pat Mencukupkan Segala-galanya

Tajuk hadis ini adalah bacaan 2 ayat yang dapat mencukupkan segala-galanya iaitu Nabi صلى الله عليه وسلم sebut baca waktu malam. Iaitu bermula waktu maghrib, selepas maghrib sehingga sebelum subuh boleh mendapatkan fadilat bacaan ayat diatas bagi mereka yang membacanya.

Cumanya jika baca lewat rugīlah, sebab ayat ini fadilat perlīndungannya jika kita baca selepas maghrib .. seawal lepas maghrib dalam pukul 7.30 malam, pukul 8 malam tu, dia lindung kita dengan izin Allah سبحانه و تعالى‎ sampai lebih 9 jam. Maknanya panjanglah tempoh perisaī yang Allah سبحانه و تعالى‎ wujudkan disekelīling kita tu panjang. Tapi jika baca pukul 5 pagi maka sejam sahaja lah tempoh perisaī dia.

Ayat ini dihafal oleh kebanyakkan oleh umat Islam. Siapa yang tidak hafal lagi boleh hafal sekarang. Maksudnya hari ini lah jelas Ustaz Wadi Annuar

Ayat itu adalah 2 ayat terakhīr surah al-Baqarah

Dari Abu Mas’ud Al-Badri رضي الله عنه , Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

‎مَنْ قَرَأَ بِالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

Maksudnya : “Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah pada malam hari, maka ia akan diberi kecukupan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tuan tuan sekalian ayat ini sebenarnya di baca selepas solat subuh di dalam wirid dan selepas solat maghrib di dalam wirid. Itu lah yang dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم ..

Lepas solat Subuh didalam wirid dan lepas solat Maghrib di dalam wirid.

Berapa ayat?

Nabi صلى الله عليه وسلم sebut dalam hadis ini 2 ayat

‎آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

‎لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

beruntunglah bagi mereka yang di izikan oleh Allah سبحانه و تعالى‎ untuk beramal dengannya

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Video Klik Disini

Kredit:Viral Malaysiaku

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini