Ini Amalan Yang Menghapuskan D0sa Kita Bermula Jumaat Sehingga Jumaat Seterusnya & Melindungi Daripada Syait4n

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin syorkan 1 amalan yang bagi saya cukup mujarrab kelebihan dan fhadilatnya, 1 amalan yang pastinya dinukilkan dalam hadith-hadith dan memang warid dari salaf soleh dan dipetik dalam kitab-kitab yang mukhtabar.

Amalan ini pertamakalinya saya dengar dan disuruh oleh datuk saya sendiri untuk istiqomah dan alhamdulillah semenjak saya kecil sebelum baligh sampai sekarang saya menjaga amalan ini. Amalan ini sepertimana yang diriwayatkan bahawa sesiapa yang beramal dengannya maka Allah سبحانه و تعالى‎ akan melindunginya daripada segala kebūrūkan sehingga Jumaat akan datang, serta akan menghāpūskan dōsā daripada Jumaat itu sehingga Jumaat seterusnya dan akan menjadi pelindung bagi kamu daripada syaītān, dengan berkah dan izin Allah.., insyaAllah…

Amalan ini dahulunya masyur di amalkan di masjid-masjid di tanah Melayu kita, namun saya lihat di kala ini sudah banyak masjid sudah tidak mengamalkannya lagi. Setelah ke Tarim sebelum ini, saya kembali dapat melihat semula amalan ini masih kekal di amalkan secara meluas di sana alhamdulillah.. Marilah kita bersama-sama menghidupkan kembali apa yang menjadi tradisi amalan nenek moyang kita..

Wahai teman-teman yang dirahmati Allah, sejurus lepas solat Jumaat, sebelum berkata-kata apa-apa dan ketika masih belum berubah dari kedudukan tahiyat akhir, maka jangan sesekali lupa untuk membaca :-

7 kali surah al Fatihah

7 kali surah al Ikhlas

7 kali surah al Falaq

7 kali surah an Nas

Biarlah orang lain nak balik dahulu pun, atau imam tidak membacanya, maka kita bacalah secara sendirian.. Walau kita tak sabar nak balik sebab perut kita dah lapar nasi sangat sekalipun, duduklah seketika hanya dalam 10 minit sahaja untuk membaca 4 surah ini selepas solat.

Kerana sesungguhnya saya melihat bahawa fhadilat besar dan berkahnya pada amalan ini adalah amat-amat kita hajatkan dan perlukannya khususnya di akhir zaman yang penuh sarat dengan fītnāh-fītnāh ini !!

Dari Asma’ binti Abu Bakar رضي الله عنها bahawa:

“Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah, QUL HUWALLAHU AHAD, QUL A’UZUBIRABBIL FALAQ, dan QUL A’UZU BIRABBINAS pada hari jumaat, maka dia akan dipelihara sehingga jumaat hadapan”. (al Baihaqi)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَرَأَ بَعْدَ صَلَاةِ الْجُمُعَةِ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ سَبْعَ مَرَّاتٍ؛ أَجَارَهُ اللَّهُ بِهَامِنَ السُّوءِ إِلَى الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى.

“Sesiapa yang membaca selepas solat Jumaat Qul Huwallahu Ahad, Qul A’uzu Bi Rabbil Falaq dan Qul A’uzu Bi Rabbin Nas sebanyak tujuh kali, Allah akan melindunginya daripada segala kebūrūkan sehingga Jumaat yang seterusnya.”

Hadis riwayat Ibnu Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (375), Ibnu Syahin dalam al-Targhib Fi Fadhail al-A’mal (472), al-Hasan al-Khallal dalam Fadhail Surah al-Ikhlas (13) dan Abdul Ghani al-Maqdisi dalam Akhbar al-Solah (110).
Dalam riwayat yang lain disebutkan, (baca surah-surah tersebut) sebelum berkata-kata (yakni sejurus selepas solat) dan dalam riwayat yang lain, dan dia dalam keadaan membengkokkan kakinya (dalam keadaan duduk tasyahud akhir). [1]

Kata Ibnu Hajar al-Asqalani: “Sanadnya da’if dan bagi hadis ini syahid (pengūat) daripada hadis mursal Makhul yang dikeluarkan oleh Sa’id bin Mansur dalam sunannya.” [2]

Berdasarkan hadis ini al-Imam al-Ghazali berpendapat sunat dibacakan surah-surah tersebut selepas solat Jumaat sebagaimana kata beliau:

“Jika kamu telah selesai dan telah memberi salam (daripada solat Jumaat), maka bacalah surah al-Fatihah sebelum kamu bercakap-cakap (perkara yang lain) sebanyak tujuh kali, surah al-Ikhlas sebanyak tujuh kali dan al-Mu’awwizatain tujuh kali. Perkara tersebut akan menghāpūskan dōsā kamu daripada Jumaat itu sehingga Jumaat seterusnya dan akan menjadi pelindung bagi kamu daripada syaītān.” [3]
_______________________________
[1] Abdul Rauf al-Munawi, Faidh al-Qadir Syarah al-Jami’ al-Saghir, jilid 6, ms. 203, cetakan Dar al-Ma’rifah.

[2] ] Abdul Rauf al-Munawi, Faidh al-Qadir Syarah al-Jami’ al-Saghir, jilid 6, ms. 203, cetakan Dar al-Ma’rifah.

[3] al-Ghazali, Bidayah al-Hidayah, ms. 94, cetakan Dar Sodir.

Tambahan : boleh baca selepas solat zohor bagi wanita. Hukūm asal di hari jumaat adalah solat zohor. Dan solat jumaat adalah ganti kepada solat zohor.

‘’Abdullah Ibn Mas’ud رضي الله عنه telah berkata kepada kami (orang perempuan)’’ :

إِذَا صَلَّيْتُنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ مَعَ الْإِمَامِ فَصَلِّينَ بِصَلَاتِهِ، وَاذَا صَلَّيْتُنَّ فِي بُيُوتِكُنَّ فَصَلِّينَ أَرْبَعًا

Maksudnya : Apabila kamu menunaikan solat pada hari Jumaat bersama imam, hendaklah kamu solat dengan solatnya (sebanyak dua rakaat). Dan apabila kamu solat di rumah kamu, hendaklah kamu menunaikan solat empat rakaat (Zohor).

Sebagai tambahan, jangan lupa juga dengan amalan 10 x

لا إله إلا الله وحده لا شريكَ له، له الملك، وله الحمد، يُحيي ويُميت، وهو على كل شيءٍ قدير

selepas solat Subuh dan Maghrib, dalam keadaan yang sama juga yakni sebelum berubah tempat duduk dan berkata apa-apa, kerana fhadhilatnya adalah besar juga cuma ianya dalam tempoh satu hari sahaja yakni untuk pastikan diri sentiasa ‘full cas’ pada ketika berubahnya waktu malam dan siang.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Pak Ngah Al-Damashqy

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini