Kronologi Kain Kiswah Kaabah Pada Asalnya Berwarna Merah Putih Pada Zaman Rasulullah SAW

Kalau tak baca memang tak akan tahu dan kalau tiba2 kerajaan saudi nak tukar warna kain kiswah kaabah kita lah yang akan jadi manusia jahhill yang akan trpekik-pekik m4rah kerajaan berkenaan kononnya melanggar norma warna kaabah. Sebenarnya dari zaman nabi lagi warna kain ni bertukar-tukar, cuma sekarang saja kain kiswah kita kekal warna hitam bertahun-tahun lamanya…

Warna-warni Kain Kiswah Kaabah Sepanjang Sejarah

Hari ini, semua orang kenal kaabah dengan warna kiswā hitam ikonik (meliputi) Kaabah. Tetapi apa yang kurang diketahui oleh kita ialah Ka’bah tidak semestinya berwarna hitam, dan tak semestinya penutup bahagian atas kaabah pun perlu wajib berwarna hitam, ia sekadar rekaan yang telah ditetapkan sejak kebelakangan ini. Secara peribadi, saya agak gemar warna kiswah yang berwarna hijau, warna yang menyegarkan dan warna kegemaran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

“Setiap tahun, kain Kiswah Kaabah diganti dan biasanya dilakukan pada bulan Dzulhijjah pada saat jama’ah haji jelang menunaikan wuquf yang dilaksanakan di ‘Arafah, di luar Kota Makkah.

Tahukah anda para muslimin dan muslimat bahawa warna kain Kiswah Kaabah mengalami beberapa kali perubahan dalam perjalanan sejarah sebelum kekal menjadi hitam seperti yang kita saksikan sekarang?

Adalah Rasulullah Muhammad ﷺ menyelubungi Ka’bah dengan kain tenun dari Yaman yang bergaris-garis merah dan putih.

Adapun Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina ‘Umar, dan Sayyidina ‘Utsman mengkiswahi Ka’bah dengan kain berwarna putih.

Ketika Sayyidina ‘Abdullah ibn Az Zubair diba’iat sebagai Khalifah di Hijjaz, beliau menyelubungi Ka’bah dengan kain berwarna merah di tahun 64 H.

Semasa pemerintahan Daulah ‘Abbasiyah, Ka’bah pernah dikiswahi dengan kain berwarna putih,

pernah juga kerajaan Daulah ‘Abbasiyah menggantikan kain tersebut dengan warna merah.

Pada tahun 456 H, Sultan Daulah Turki Saljuq < Salajiqah > mengkiswahi Ka’bah dengan kain berwarna kuning.

Khalifah An-Nashir Lidinillah (1158-1225) pada Tahun 614 H, menggantinya dengan kain berwarna hijau.

Kemudian beliau menggantikannya lagi dengan kain berwarna hitam.

Dan berterusanlah warna hitam menjadi warna khas kain Kiswah Ka’bah hingga hari ini.

Untuk pengetahuan semua, kain kiswah Baitullah direka dan dijahit secara khas oleh lebih dari 200 karyawan penduduk asli Saudi di sebuah kilang fabrik milik kerajaan. Letaknya di Al-Joud, Makkah. Kiswah tingginya 14 meter dan lebar 47 meter. Bahagian atas selebar 95 Cm dihiasi benang perak berlapis emas dengan berat 130 Kg.

Kredit: Shaykh Zulfiker Ibrahim Memon, paulsarmstrong.com

Pihak NASIHATUSTAZ tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di NASIHATUSTAZ