“Saya Dan Svami Taknak An4k Ramai” Akib4t Lambat Ke H0spital ,Bayi Pramatang Meningg4l..

Dikurniakan anak, baik keluarga kecil atau anak ramai adalah satu anugerah. Pada masa yang sama ia juga ujian dan amanah daripada Allah kepada hambaNya. Anak kecil ini perlu dipelihara, dijaga dan didik dengan sebaik-baiknya termasuklah memastikan keselamatan mereka terjamin dunia dan akhirat.

Sesetengah orang diuji bertahun-tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak. Ada orang, diberikan rezeki anak yang ramai. Namun, ada segelintir masyarakat yang kurang ilmu tentang perancangan keluarga ini telah ambil mudah tentang beberapa perkara hingga menyebabkan kematian.

Seperti pengalaman seorang pegawai kesihatan ini, Dr Zakimi Abdullah berkongsi mengendalikan seorang bayi pramatang yang tenat dan meninggal dunia selepas mereka berusaha untuk menyelamatkannya.

Jelas doktor ini, bayi tersebut dilahirkan di rumah dan selepas 5 jam dilahirkan baru dibawakan ke hospital. Paling menyedihkan, tindakan dan jawapan keluarga ini telah mengundang kecaman dan ramai yang bersimpati dengan anak kecil tersebut.

Jom ikuti kisah ini supaya menjadi teladan dan pengajaran kepada kita semua terutamanya buat mereka yang bergelar ibu dan ayah.

“Bos! Kami resus baby baru lahir, prem. 20 minit CPR!” Ujar Dr Faizal (bukan nama sebenar).

“So, how is the baby now?” Tanyaku ringkas sambil mendekati bayi tak cukup bulan itu.

“Tak dapat laa bos,” balas Dr Faizal sambil mengesat peluh di dahi.

“Innalillah”

Bayi tersebut dilahirkan di rumah. Ibu tersebut membawa ke hospital selepas 4-5 jam bersalin. Tali pusat belum dipotong.

Bila ditanya kenapa tak datang terus ke hospital. Ibu tersebut kata tiada kenderaan kerana tiada sesiapa di rumah.

“Kenapa puan tak call 999 mintak ambulans!” Tanya Dr Faizal.

“Terlupa” balas ibu sangat ringkas.

Aku hairan lagi.

“Suami dah tahu puan dah bersalin?”

“Tahu” balas ibu sudah anak dua.

Aku semakin hairan. Mesti ada yang tak kena.

Setelah diberitahu keadaan bayinya yang dah tak dapat diselamatkan, namun ibu itu seolah takde perasaan apa-apa.

“Sebenarnya, saya dan suami takmau anak ini. Suami tak mau tanggung ramai…”

Akhirnya ibu baru bersalin itu memberitahu keadaan sebenar. Katanya dia dan suami sebenarnya tak mahu anak itu. Anggaran jangka masa mengandung dalam 28-30 minggu dan belum ‘booking’ (tiada buku pink).

Sebenarnya aku sering juga dapat kes sebegini. Kehamilan yang tak diingini. Allahu. Sadis!
Jika pasangan masih belum bersedia untuk menambah cahaya mata atas sebab-sebab tertentu lebih baik pergi berbincang dengan doktor untuk tujuan perancangan keluarga. Banyak kaedahnya.
Jangan buat begini setelah hamil. Kesian bayi dalam kandungan. Allahu.

‎”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : Ayat 31)

Ingatlah janji Allah.

Dr Zek
Bapa 6 anak

Sumber:SiakapKeli

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini