Keliling Bandar Bawa Bakul Berisi ‘Harapan’, Itulah Pengorbanan Seorang Wanita Ini Demi Mencari Rezeki Menyara 9 Orang Anak

Demi melihat anak-anaknya yang masih kecil cukup segalanya, si ibu gigih berkeliling bandar menjunjung bakul yang penuh berisi ‘harapan’, ke sana sini menjaja jualannya dengan harapan ada rezeki buat si kecil yang menunggu di rumah.

Demi mengisi perut 9 anak-anaknya yang masih kecil, ibu hebat ini terpaksa meninggalkan anak-anaknya untuk keluar mencari rezeki.

Begitulah pengorbanan seorang ibu demi anak-anak kesayangannya. Sesusah manapun, tidak menjadi masalah buat mereka asalkan perut anak-anak sentiasa terisi.

Posting Vitaminbae :

Semua demi anaknya seramai 9 orang yang masih kecil semuanya..

Lokasi: Sekitar Bandar Prima dan Bandar Indah, Sandakan.

Alhamdulillah berpeluang lagi berkongsikan rezeki kawan-kawan dengan ibu ini. Terima kasih semua yang terus membantu misi kecil kita.

Doakan semua ya..

Buat yang berdekatan, mohon jasa baik semua untuk bantu wanita yang berusaha ini.. Tidak mampu beli banyak, beli sebungkus juga sudah memadai.

Tidak mampu dengan wang, bantu untuk promosikan jualannya juga tidak mengapa.

Semoga kesembilan-sembilan cahaya mata ibu hebat ini membesar menjadi anak yang soleh-solehah, berjaya dan akan membahagiakan si ibu kelak.

Aamiin yra..

Sumber:MediaBumi

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini