“Kesian Tiada Siapa Yang Singgah Beli”,Pakcik Tua Gigih Meniaga Sayur Di Tepi Jalan Cetus Sebak 0rang Ramai

Tak kira hujan atau panas, individu yang menyara keluarga terus mencari rezeki walaupun agak sukar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Itu dilakukan seorang lelaki warga emas yang menjual pelbagai jenis sayur di bahu jalan berhampiran kawasan Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor.

Kisah tersebut dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Nur Aina yang meminta pertolongan orang ramai berdekatan lokasi itu agar meringankan beban pakcik berkenaan.

Lebih menimbulkan rasa simpati apabila pakcik itu menjual di tengah panas terik matahari namun tiada pelanggan yang singgah membeli.

“Katanya tinggal di Penanti dan selalu berniaga pasar malam tapi disebabkan PKP ni, dia dah tak boleh berniaga,”ulis Nur Aina.

Walau bagaimanapun, kemaskini pada posting tersebut mengatakan jualan pakcik berkenaan telah habis diborong oleh insan yang baik hati.

Rata-rata warganet turut kasihan dan mendoakan agar pakcik tersebut sentiasa dimurahkan rezeki serta dilindungi Allah SWT.

Sumber : Nur Aina

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini