Inilah Cara Mudah Dapat 50 Pahala Ketika Minum Air

Ramai masih belum tahu bahawa minum air boleh dapat 50 pahala tetapi dengan syarat guna 5 cara yang diberi ini | Rasulullah SAW bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam semata-mata bahkan Baginda sendiri menunjukkan contoh bagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Segala tingkah laku, percakapan dan sikap Baginda SAW mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki oleh Allah SWT untuk dicontohi oleh umat manusia.

Di antaranya Baginda SAW telah mengajarkan kepada umatnya adab-adab minum dan betapa mudahnya meraih pahala dari Allah SWT.

Cara minum sunnah bagi mendapat 50 pahala tersebut adalah:

1) Membaca Bismallah.

2) Minum dengan menggunakan tangan kanan.

3) Minum secara duduk.

4) Minum dengan kadar 3 tegukan.

5) Mengucap Alhamdulillah setelah selesai minum.

5 Pahala di atas didarabkan dengan setiap perbuatan kebajikan, Allah SWT akan berikan 10 pahala bonus; Maka terhasillah ganjaran 50 pahala tersebut.