Kis4h lnsan Heb4t Ustaz Zaki Atau Lebih Diken4li Deng4n Gel4ran ‘Wali Gunung’ Berk4yuh B4sikal Sej4uh Beratus Kil0meter B4gi Mengh4diri Majlis Ijtima’ Ulama Dunia

Usaha untuk menyebarkan dakwah boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Namun usaha yang bersungguh-sungguh dan menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah SWT adalah perbuatan yang amat terpuji.

Tidak semua manusia atau umat Islam mampu melaksanakan seperti yang dilakukan oleh insan hebat Ustaz Zaki atau lebih dikenali ‘Wali Gunung’ sepertimana yang dikongsikan melalui saluran Facebook oleh anggota tent3ra Thailand yang kagum dengan Ustaz Zaki berkayuh basikal sejauh beratus kilometer bagi menghadiri Majlis Ijtima’ Ulama Dunia di sana.

Kelibat seorang warga emas yang sedang mengayuh basikal dari kejauhan, telah mendorong beberapa anggota t3ntera Thailand yang berkawal di sempadan Malaysia-Thai untuk mendekatinya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Dek-chai-Yuyee iaitu salah seorang anggota t3ntera tersebut, warga emas ini dalam perjalanan untuk ke Yala kerana menghadiri Majlis Ijtima’ Ulama Dunia di sana.

Kagum dengan semangat warga emas ini, Dek-chai-Yuyee dan rakan-rakannya telah menghulurkan bantuan minuman kepadanya, sebelum beliau meneruskan perjalanannya ke destinasi yang dituju.

Video berkenaan telah menjadi vir4l dan mendapat lebih 414 ribu tontonan di media sosial.

PERNAH TULAR PADA TAHUN 2015

Ketika itu seorang penunggang basikal amatur terserempak dengannya ketika basikalnya rosak di Banjaran Titiwangsa.

Penunggang basikal yang dikenali sebagai Che Wan pernah menul4rkan kisahnya dan memohon sumbangan ikhlas orang awam bagi membelikan basikal baru untuk pak cik ini.

Pak cik ini terkenal dengan panggilan Wali Gunung, kerana semangatnya berulang alik dari Perlis ke Kelantan memb3lah Banjaran Titiwangsa untuk berdakwah menyebarkan agama Islam.

DIKENALI SEBAGAI WALI GUNUNG ATAU USTAZ ZAKI

Menurut sumber, namanya Pak Cik Zaki atau Ustaz Zaki yang berasal dari Utara Tanah Air. Seorang hamba Allah yang c3kal berdakwah ke mana-mana sahaja demi untuk menyampaikan ilmu Allah.

Selepas tul4rnya kisah beliau, ramai netiz3n yang telah meninggalkan komen mengenali insan ini. Rata-ratanya mereka amat kagum dengan semangat dan kecekalan beliau yang kuat. Ada juga orang kampung beliau yang mengenalinya, dan berkongsi cerita tentang dirinya yang sejak kecil gemar menaiki basikal.

Beliau seorang yang kuat pegangan agama dan sangat peramah apabila berjumpa sesiapa sahaja, maka tidak hairanlah jika ramai orang awam yang mengenali beliau.

KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH

Shope tengah buat sale sekarang

klik disini — promosi shope terlajak murah

“SIMPANLAH DUNIA DI TAPAK TANGAN, BUKANNYA DI HATI.” – WALI GUNUNG

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkati kehidupan Pak Cik Zaki. Jika ada yang terserempak dengan pak cik ini, jangan segan-segan untuk bertegur sapa dan membantunya.

Selamat berjuang Wali Gunung! Teruskan perjuanganmu ke jalan Allah!

Video;

Sumber: Facebook

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini