Kis4h Seorang Mualaf Yng Berjaya Islamkan 20 0rang Deng4n H4nya Menump4ng Kereta Merek4.Subhanallah.

Dirinya tidak dikenali malah jika bertemu pasti beranggapan dia hanya insan biasa tiada keistimewaan. Namun disebalik perwatakannya itu, Mohd Kamal Liew Abdullah adalah insan luar biasa, telah mengislamkan seramai 20 individu yang tidak dikenali.

Uniknya, cara berdakwahnya hanya dengan menumpang kenderaan orang tidak dikenali sekitar lebuhraya Kajang, Sungai Besi. Kisah ini dikongsi Facebook, Afnan Rosli yang kebetulan menjumpai lelaki istimewa ini di lebuhraya di Bangi.

Katanya, mualaf itu menahan keretanya dan telah memeluk Islam, sejak 20 tahun lalu.

Meskipun tidak bekerja, hidup merempat dengan menumpang teduh di surau, masjid, bawah jambatan namun ia tidak menjadi penghalang untuk dirinya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

“Apa yang menariknya. Pakcik Kamal membuat keputusan yang saya rasa tiada siapa pun antara kita sanggup buat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
“Dia kata dari merempat je, baik berdakwah. Setiap hari pakcik ini akan tahan kereta dari tol Sungai Besi ke arah tol Kajang atau Bangi. Bila sampai sana dia akan tahan kereta lain untuk balik ke tol Sungai Besi sebanyak tiga kali. Bunyi macam Pelik kan?,” katanya.

Jelasnya, Kamal bukan sahaja menumpang kereta orang Islam sebaliknya sesiapa sahaja.

“Pakcik Kamal buat macam itu sebab dia kata kalau orang bukan Islam tumpangkan, dia boleh berdakwah tentang Islam, kalau orang Islam tumpangkan, dia akan ingatkan tentang Islam,” katanya.

Paling menariknya, Kamal yang hidup sehelai sepinggang ini akan membuat ‘over time’ pada hujung minggu kerana menyasarkan anak muda sekaligus dapat menyampaikan dakwah.

Dia dipinggirkan keluarganya telah melakukan kerja amal itu belasan tahun dan kini telah menunaikan umrah sebanyak tiga kali atas tajaan individu tidak dikenali.

Sumber: kalamindah via islamituindah

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini