Kisah Disebalik Pelajar Cemerlang Yatim Pi4tu Ini Bikin Terharu..Kerja Sebagai Guard,Umr 14 Tahun Dapat Anugerah Terbaik

Setiap kehidupan insan di dunia ini sudah pasti bakal diuji. Pelangi tidak selalunya muncul dan langit tidak selalunya cerah. Roda yang berputar, mengajar kita erti kehidupan yang tidak sentiasa berada di atas dan tidak selamanya berada di bawah.

Begitu juga dengan kehidupan seorang pelajar yang digelar sebagai Adik An. Seawal 5 tahun sudah menjadi anak yatim, sebelum bertukar menjadi yatim piatu pada usia 14 tahun. Kecekalan dan ketabahan beliau menempuhi dug4an hidup pada usia yang sangat muda wajar dijadikan contoh buat panduan kita semua.

YATIM P1ATU & KERJA SEBAGAI GUARD PADA USIA 14 TAHUN, PELAJAR INI TERIMA ANUGERAH

PERJALANAN KISAH HIDUP ANAK YATIM PIATU BERNAMA MOHD FARHAN ROSLEE
ANUGERAH KHAS PENOLONG KANAN

Mohd Farhan Roslee – 16 Tahun

SMK Sg. Layar Sg. Petani, Kedah.

Jiwanya kosong, sekosong-kosongnya. Keh1langan ayah pada usia 5 tahun telah merubah jalan hidupnya. Emak yang berniaga kuih dan nasi lemak kecil-kecilan akhirnya jatuh sak1t. Memaksa dia berhenti sekolah ketika darjah enam.

Di saat rakan-rakan sebaya sedang menikmati keindahan alam remaja di bangku sekolah, dia sudah bersengkang mata dan menyarung seragam sebagai pengawal keselamatan di KTM Sg. Petani selama lebih setahun dengan gaji RM40 sehari. Dia menyara kehidupan. Emak yang diserang stroke tidak mampu lagi bekerja seperti dulu kerana selalu saja tidak sihat.

Suatu hari dia dikejarkan ke hospital akibat apendiks dan doktor memutuskan dia harus menjalani pembed4han kecemasan. Di masa yang sama, emaknya dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan yang makin meruncing. Emak di wad tingkat atas dan dia pula di wad tingkat bawah. Bangunan yg sama.

TANPA DIDUGA SYURGA YANG DISAYANGI TELAH PERGI TANPA DIRINYA DI SISI
4 hari di wad, akhirnya emak pergi mengadap Illahi. Dalam usianya 14 tahun, dia, abang, kakak dan adik perempuannya pun ternobat yatim piatu.

Lebih meny4yat hati, saat emak menghembuskan nafas terakhir dia tiada di sisi kerana tidak sedarkan diri akibat pembed4han kali kedua. Bahkan dia bukan saja tidak sempat menyaksikan perjalanan terakhir emak ke liang lahad, memberikan kucupan terakhir utk emak pun tidak sempat kerana dia masih belum sedar.

Sebaik dia sedar dan dimaklumkan emak telah pergi, hanya Allah saja yang tahu betapa pilu dan hancvrnya hati. Sejak itu, saban malam dia menang1s di wad. Menang1s kesed1han mengenangkan emak yang telah pergi dan menang1s menanggung kesak1tan akibat pembed4han.

Dia dirujuk kepada Kak Pah. Kak Pah menziarahi dia di wad. Menceritakan pada dia tentang kehidupan di rumah anak yatim. Hanya satu soalannya …

” Kalau saya duduk rumah anak yatim, bolehkah saya sekolah semula? Saya nak sekolah …. “

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA…
Keluar wad, kakaknya menghubungi Kak Pah. Memaklumkan rumah mereka berteduh sebelum ini sudah dilelong bank. Kakak, abang dan adik perempuannya memilih untuk tinggal bersama saudara-mara tetapi dia enggan meninggalkan rumah pusaka itu kerana terlalu sed1h mengenangkan kenangan arw4h emak.

Kak Pah menghubungi dia tapi dia memberikan alasan meminta masa barang seketika sehinggalah satu hari Kak Pah mendapat mesej yang sangat pelik dari dia. Penuh kesed1han dan kekecewaan. Kak Pah dan staff rumah anak yatim bergegas ke rumahnya.

MERINDUI EMAK YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

Sungguh hiba melihat keadaan dia yang sudah terbaring di tilam usang selama seminggu dalam keadaan sak1t akibat kesan pembedahan. Tanpa makan minum yang sempurna. Mengharapkan ehsan seorang kawan semata yang tinggal di kawasan itu.

Rumah yang sudah dipotong bekalan air dan letrik itu sudah tidak layak dihuni kerana kotor dan semak. Kata jirannya, mereka juga tidak tahu dia ada di dalam rumah itu yang kelihatan sunyi sepi. Dia dipapah keluar dari rumah itu sehelai sepinggang dalam deraian air mata.

DIKALUNG ANUGERAH KHAS ATAS JATI DIRI YANG TINGGI, TAHNIAH DIK AN!

Hari ini dia menerima Anugerah Khas dari pihak sekolah atas tingkah-lakunya terpuji dan jati dirinya yang berusaha untuk bangkit semula walau telah dua tahun terkandas dalam persekolahan.

Anugerah ini bukan saja sungguh bermakna buat dia, bahkan buat kami semua warga rumah anak yatim yang selama ini tidak jemu memberikan dia dorongon dan harapan.

Sama-samalah kita doakan, semoga Dik An akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

– credit to Natipah Abu

Sumber:MediaViral

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini