Kisah Doa Seorang Ibu Lebih Dahsyat Daripada Doa Seorang Wali Atau Ulama Sekalipun

Inilah kisah hikmah tentang Sayyid Sholeh bin Muhammad Al-Ja’fari yang doa makbulnya dalam ibadah Haji “dibatalkan” oleh keinginan ibunya sendiri.

Kisah ini bermula ketika beliau pertama kali melakukan ibadah Haji tahun 1952, di depan Ka’bah beliau berdoa kepada Allah agar memperkenannya untuk bisa pergi Haji setiap tahun, dan benar doa beliau diijabah.

Setiap tahun hingga wafatnya beliau selalu berangkat Haji, kecuali pada musim Haji tahun 1962. Situasi tahun itu benar-benar rumit dan tidak memungkinkan beliau untuk berangkat dari Kairo ke Makkah. Beliau kemudian pergi ke Sudan dan bermaksud berangkat ke Makkah dari sana.

Namun ternyata kondisi untuk pergi dari Sudan ke Makkah pun sama tidak memungkinkan. Setelah berbagai upaya dirasa sulit, beliau akhirnya memutuskan untuk pulang ke kampung halamannya di Dunqula, Sudan, karena kebetulan beliau sedang berada di Sudan.

Ketika sampai di rumah, di depan pintunya ibunya tiba-tiba memeluk beliau dan berkata, “Maafkan ibu nak. Ibu telah membeli seekor domba tahun lalu untuk dikurbankan tahun ini, dan ibu berdoa kepada Allah supaya engkau bisa mencicipi masakan ibu dari daging kurban itu.” Maka mengertilah Sayyid Sholeh mengapa tahun ini beliau sulit pergi Haji hingga akhirnya batal sama sekali.

Demikianlah hebatnya doa seorang ibu yang lebih hebat dari doa seorang Ulama bahkan Wali sekalipun. Rasulullah pernah bersabda,

“Kedudukan doa seorang ibu untuk anaknya, laksana kedudukan doa seorang Nabi untuk umatnya.”

Sayyid Sholeh Al-Ja’fari adalah Ulama dan Wali besar pendiri Thariqah Al-Ja’fari serta Imam dan Khatib di Masjid Al-Azhar, Mesir. Beliau yang masih keturunan Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wasallam ini merupakan guru dari Ulama-ulama besar dunia. Diantara muridnya yang terkenal adalah Syeikh Ali Jum’ah dan Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki.

Sumber: muslimoderat.net

Pujuk Isteri Jangan Biarkan Dia Merajuk

Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Tadi balik dari penang ke kl jalan jem. Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa nak marah jer, dia menangis. 24jam asyik marah jer..menjerit. ma rah dan pukul anak-anak. Lepas tu saya rasa bersalah.

Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya..saya sedih bila lihat wanita macam tu.

Ya Allah…kasihan anak-anak.

Mana suami puan. Di belakang tu. Suaminya datang salam saya..suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tak biasa orang cium tangan saya.

“Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.”

Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua..Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang..bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini.

Sunnah bawa bahagia. Rasul saw yang amat kita cintai teramat menghargai wanita. Dan melayan mereka dengan baik..

Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya.

Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama.

Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita..masa tu kita bantu but kerja rumah. Sekali sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kaseh sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kaseh jadi isteri abang yang setia.

Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga..

Baca denga cinta dan sayang.

Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita..dengar dengan cinta dan perasaan. Dengan jiwa..pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.

“Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari…isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.”

Kasihan ramai isteri jadi over stress , sakit jiwa. Sakit. Kurus…dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak.

Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga..dia redha dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi saw. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri.

Abang tu kata terima kaseh ustaz..syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kaseh.

Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia.Allah jaga orang jaga agama.

Sumber : Ustaz ebit lew.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini