Kisah Seorang Anak Di Sump4h Menjadi Batu,Rupanya Kerana Sebab Ini..

Seorang anak yang d3rhaka kepada ibunya. Dia tidak hanya suka teriak-teriak di wajahnya, akan tetapi suka menc4ci-maki.

Ibunya yang telah tua, seringkali berdoa kepada Allah SWT agar Allah meringankan kekerasan dan kekej4man anaknya.

Dia menjadikan ibunya sebagai pembantu yang membantu dan menguruskan semua keperluannya, sedangkan ibunya sendiri tidak memerlukan pengurusan dan bantuannya.

Betapa sering air matanya mengalir di kedua pipinya, berdoa kepada Allah SWT agar belahan hatinya mendapat hidayah sehingga menjadi anak yang berbakti pada orang tua.

Pada suatu hari si-anak menemui ibunya dengan raut wajah berang yang terlihat dari colot mata dan kening yang menyatu. Si-anak berteriak-teriak tepat di wajah ibunya,

“Apakah ibu tak menyiapkan makanan ku?” Dengan segera ibunya mempersiapkan dan menghidangkan makanan si-anak. Akan tetapi, tatkala si-anak melihat makanan yang tidak disukai, bukan tetap memakannya, namun malah ia lemparkan ke tanah.

Si anak marah dan berkata dengan nada yang tinggi, “Sungguh, aku kena musibah dengan wanita yang sudah tua renta, aku tidak tahu, bila aku boleh berlepas diri tua renta ini.”

Ibunya menangis seraya berkata, “Wahai anakku, takutlah kamu kepada Allah keatas perbuatan terhadapku. Tidakkah kamu takut kepada Allah? Tidakkah kamu takut akan murka dan kemarahanNya?”.

Kerana mendengar kata-kata ibunya tersebut, maka kemarahan si-anak pun semakin menjadi, si-anak memegang baju ibunya dan mengangkatnya.

Dia mengguncang-guncang ibunya dengan kuat seraya mengherdik, “Dengar, aku tidak mau dinasihati. Bukan aku yang mesti diingatkan harus bertakwa kepada Allah.”

Kemudian anak melempar ibunya yang telah tua renta itu. Ibunya-pun jatuh tersungkur. Tangis ibunya bercampur dengan tawa si-anak yang penuh dengan keegoan seraya mengatakan,

“Ibu pasti akan mendoakan kecelakaan bagiku. Ibu mengira Allah akan mengabulkannya.” Kemudian anak keluar rumah sambil mengolok-olok ibunya.

Sementara ibu, ia berlinangan air mata kesedihan, menangis siang dan malam tiada henti. Adapun anaknya, dia pergi menaiki keretanya

Bergembira dan bersuka ria sambil mendengar muzik yang ia anggap keselesaan dalam hidupnya. Si-anak memandu laju kereta dan menyanyi dengan alunan muzik.

Dia lupa akan apa yang telah dia perbuat terhadap ibunya yang sejak kecil merawat, membesarkan dengan kasih sayang. Dia meninggalkan ibunya dalam keadaan bersedih hati sendirian,

Hatinya menelan rasa sakit, mengalami kesedihan yang sangat mendalam. Tatkala keretanya di pandu laju di jalan raya dengan kelajuan membabi buta, tiba-tiba ada seekor haiwan berada di tengah jalan.

Dia terguncang dan kehilangan keseimbangan. Dia cuba untuk mengawal keadaan, akan tetapi tidak ada jalan keluar dari takdir. Celakalah,

Kereta yang memecut dengan kelajuan tinggi tersebut terjunam, terbabas keluar jalan, tanpa ia sedari, ada potongan besi kereta yang masuk ke dalam perutnya, tetapi dia tidak terus kehilangan ny4wanya. Allah SWT menangguhkan kem4tiannya.

Dari rumah sakit dibawa balik kerumah, hari kehari dia kaku di atas katil. Hanya kasih ibu kemudianya yang membantu beliau.

Dikutip dari karangan Ghalib bin Sulaiman bin Su’ud al-Harbi. Edisi terjemah cet. Pustaka Darul Haq Jakarta.

Dosa terhadap ibu bapa dibalas Allah di dunia…

Jangan dicemuh ketika usia tua mereka

BERBAKTI kepada orang tua sudah menjadi satu tuntutan dalam Islam. Ini kerana sebagai menghargai pengorbanan mereka yang tidak putus-putus untuk membesarkan anak-anak dengan sebaik mungkin dan menjadikan kita seorang manusia yang berguna.

Perintah berbakti kepada ibu bapa dirakamkan oleh Allah didalam Surah Al-Isra’ ayat 23 yang maksudnya;

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-dua mereka sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sesekali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dewasa ini kita sering kali dikejutkan dengan berita-berita yang menyayat hati bagaimana seorang anak yang sanggup membunuh ibu bapa dek kerana harta. Ada yang sanggup mendera ibu bapa mereka dan ada juga yang suka memaki hamun orang tuanya.

Menghadiahkan ayat-ayat suci al-Quran kepada ibu bapa dapat membantu mereka mendapat rahmat Allah.

Sabda baginda Rasulullah: Kehinaan, kehinaan, kehinaan. Baginda ditanya: Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga. – [HR Muslim 2551].

Kunci utama bagi seseorang untuk masuk syurga adalah dengan mentaati ibu bapanya dan berbakti kepada mereka selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan kemaksiatan dan kemurkaan kepada Allah.

Berbakti kepada kepada ibu bapa boleh dibahagikan kepada dua keadaan:

1. Semasa mereka hidup

Berbakti kepada ibu bapa sewaktu hidup boleh disebut dalam beberapa perkara antaranya ialah:

A. Bercakap dengan nada yang lemah lembut kepada mereka tanpa menggores hati mereka dengan perkataan-perkataan yang kasar. Ini berdasarkan firman Allah seperti yang disebutkan tadi didalam Surah Al-Isra’ ayat 23.

B. Membantu dan meringankan beban mereka dengan memberi wang pembelanjaan sekadar termampu.

C. Sentiasa mengambil tahu keadaan mereka terutama daripada sudut kesihatan.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana aku dapat ini? Allah berfirman: Dengan istighfar anak kamu kepadamu.
[HR: AHMAD 10610]
D. Sering menelefon mereka jika kita berada jauh daripada ibu bapa agar mereka mengetahui bahawa kita sentiasa mengambil berat terhadapnya.

E. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka agar sentiasa dirahmati dan diredai Allah.

F. Menjaga mereka ketika mereka sakit.

G. Menyantuni mereka ketika usia mereka sudah lanjut.

2. Setelah mereka meninggal dunia

A. Mendoakan mereka supaya mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Sabda Rasulullah: Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. – [HR Muslim 1631].

Salah satu manfaat yang bakal diterima ibu bapa selepas mereka meninggal dunia ialah doa yang dikirimkan daripada anak yang soleh.

B. Melunaskan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya. Seperti mana dalam sebuah hadis telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk ditunaikan.” – [HR al-Bukhari (1953].

C. Selesaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada sesama manusia setakat yang mampu.

D. Menziarahi sahabat-sahabat kepada ibu bapa. Agama kita amat menganjurkan setiap umatnya untuk menyambung pertalian silaturrahim dengan sesiapa sahaja dan bukan sahaja sesama ahli keluarga sahaja.

E. Tunaikan segala wasiat yang ditinggalkan sebaik mungkin.

F. Bersedekah untuk mereka dengan niat khusus agar sedekah itu sampai ganjarannya kepada arwah ibu bapa.

Ibu bapa kita tidak pernah meminta jasa mereka dibalas. Cukup bagi mereka untuk melihat semua anaknya bahagia dan berjaya didunia dan akhirat.

Ada diantara kita yang menyesal atas perbuatan mereka dahulu yang pernah melukakan hati atau tidak patuh kepada orang tuanya.

Anak-anak perlu dilatih agar menyayangi ibu bapa selain mendoakan kesejahteraan orang tua masing-masing. Gambar hiasan.

Apabila melalui detik kehilangan itu, baharulah hadir perasaan rindu. Sekiranya masa itu dapat diundur, sudah pasti hendak saja anak itu sentiasa berbuat baik serta memohon keampunan kepada ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, janganlah berasa terlalu kecewa kerana peluang itu sebenarnya masih ada walaupun mereka sudah meninggalkan kita.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim). Beliau juga merangkap Panel Rujuk Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia, YADIM.

Sumber:iMuslimNetwork

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini