Lelaki Lamar Wanita 19 Tahun Lebih Tua Di Gua,Dengan H4ntaran Hanya Belal4ng G0reng

Seorang lelaki mengahwini isterinya yang lebih tua 19 tahun daripadanya dengan memberikan belalang goreng sebagai mas kahwin.

Pengantin lelaki tersebut, Yudi Nuryanto, 29, menikahi Arismawati, 48, dalam satu majlis unik yang berlangsung di Gua Ngingkron, Gunung Kidul di Wonosari, Jawa baru-baru ini.

Memetik Tribun, selain belalang goreng, Yudi juga turut menghadiahi isteri tercintanya itu hantaran istimewa berupa peralatan solat.

Disebabkan lokasi majlis itu agak ekstrim dan jarang dilalui, Yudi mengakui bahawa mereka terpaksa menempuhi perjalanan yang sukar ke sana.

“Niat saya untuk melangsungkan perkahwinan unik ini adalah mahu berkahwin sebelum bulan Ramadan (ketika itu).

“Motivasi saya juga disebabkan saya tiada ahli keluarga dan ibarat saya bujang dari sudut pandangnya lalu saya ingin mengahwininya,” katanya, memetik Tribun.

Difahamkan, majlis ijab qabul itu dipimpin oleh imam tempatan Winosori, Ustaz Harsono selain turut diiringi alunan ayat suci Al-Quran yang bergema di dinding gua.

Sementara itu, Arismawati pula mengakui dirinya gembira dan kagum kerana majlis unik tersebut dilangsungkan di dalam gua, selain mengulas mengenai dirinya.

“Perbezaan umur 19 tahun membuatkan saya agak bimbang kerana usianya yang masih muda.

“Saya mengenalinya melalui Facebook dan bertemu sebanyak dua kali. Pertemuan kali kedua membuat saya tertarik dengannya,” kata pengantin itu.

Difahamkan, majlis itu adalah perkahwinan kali ketiganya selepas dia dikecewakan sebanyak dua kali dalam perkahwinan terdahulu bersama bekas suami.

Justeru, wanita itu berharap agar perkahwinan bersama lelaki yang berusia 19 tahun lebih muda daripadanya itu akan kekal dan bahagia.

Dalam pada itu, Yudi mendakwa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di dalam gua merupakan kali pertama berlaku di Indonesia.

“Mungkin perkahwinan di dalam gua ini yang pertama di Indonesia, termasuk yang pertama di Gunung Kidul,” jelasnya.

Baginya, perkahwinan tersebut sengaja dilakukan menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba (ketika itu), di samping ia turut mempromosikan Gua Ngingrong sebagai salah satu destinasi alam di sana.

Berita itu mendapat perhatian sebahagian besar warganet Indonesia, rata-rata mereka memuji dan berasa kagum dengan keunikan majlis perkahwinan tersebut.

Digoreng Rangup Untuk Dijadikan Kudapan, Apakah Hukum Memakan Belalang?

Salah satu spesies serangga yang hidup di negara kita ialah belalang. Kemunculannya boleh dilihat di kawasan pokok, ladang mahupun hutan.

Tapi dalam budaya masyarakat Asia (Melayu khususnya), belalang juga turut dijadikan sebagai santapan yang enak, biasanya ia digoreng dan dimakan rangup.

Persoalannya, apakah hukum memakan belalang di sisi syara’? Mari ikuti fatwa dan penjelasannya oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan seperti di bawah ini.

Al-Kafi #963: Hukum memakan belalang

Sumber: Pejabat Mufti WP
Soalan:

Apakah hukum makan belalang?

Jawapan:

Alhamdulillah pertama sekali bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T dengan nikmat iman dan Islam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda, para Sahabat Baginda R.A dan kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T.

Hukum makan belalang secara umumnya adalah harus, dan ia disebut dalam banyak hadith, antaranya riwayat daripada Abu Ya’fur R.A, beliau berkata:

سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى عَنْ قَتْلِ الْجَرَادِ، فَقَالَ غَزَوْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم سِتَّ غَزَوَاتٍ نَأْكُلُ الْجَرَادَ

Maksudnya: Aku bertanya ‘Abdullah bin Abi Aufa tentang membunuh belalang, dia menjawab “Aku pernah pergi berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak enam kali, dan kami memakan belalang”. (Dalam riwayat Muslim, disebut sebanyak tujuh peperangan)

[ Sahih Muslim (1952), Sunan Abi Dawud (4357), Sunan al-Nasa’ie (4357) ]

Manakala daripada Ibn ‘Umar R.’Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ الْحُوتُ وَالْجَرَادُ

Maksudnya: Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai: ikan dan belalang.

[ Sunan Ibn Majah (3218) ]

Berdasarkan hadith ini Imam al-Nawawi memfatwakan keharusan memakan ikan dan belalang meskipun tidak melalui proses penyembelihan. Hal ini kerana kedua-dua jenis binatang tersebut adalah mustahil untuk disembelih, maka syarat sembelihan itu gugur. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 9/72)

Terdapat juga riwayat daripada Abu Hurairah R.A, yang menceritakan satu perjalanan Rasulullah SAW bersama para sahabat untuk mengerjakan haji dan umrah, dan mereka terserampak dengan sekelompok belalang, lalu mereka membunuhnya. Baginda SAW pun bersabda:

كُلُوهُ فَإِنَّهُ مِنْ صَيْدِ الْبَحْرِ

Maksudnya: Makanlah ia, kerana ia sama jenisnya dengan binatang buruan di laut (yang halal dimakan).

[ Sunan Ibn Majah (3222) ]

Ibnu Qudamah pula menyebutkan riwayat dari Ibnu Umar, bahawa suatu hari ada belalang goreng dihidangkan kepada beliau. Ibn Umar mengatakan, cara memasak belalang ialah dengan dipatahkan sayapnya, kemudian dimasukkan ke dalam minyak dan digoreng dalam keadaan ia masih hidup. (Rujuk Al-Mughni, 11/43).

Kesimpulannya, hukum makan belalang adalah harus berdasarkan riwayat-riwayat yang disebutkan di atas.
Wallahu a’lam.

Sumber:SiakapKeli

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini