lsteri TeIah Mengadap Ilahi, Suami Dengan Kudrat 2 T4ngan Sebelah Dukung, Sebelah T4ngan Lagi Cari Rezeki

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib seorang lelaki yang terpaksa membawa anak perempuannya ke tempat kerja demi mencari sesuap nasi.

Sungguh besar pengorbanan ayah ini, sesulit mana pun hidupnya, sama sekali dia tidak mahu membiarkan anaknya yang baru kehilangan ibu berasa kurang kasih-sayang.

Tanyalah pada mana-mana ibu atau bapa tunggal di luar sana, tidak mudah bagi mereka untuk membesarkan anak-anak sendirian tanpa isteri atau suami.

Begitu juga dengan kisah bapa tunggal ini, yang telah kehilangan isteri sejak beberapa bulan lalu. Kini dia memainkan peranan sebagai ibu dan ayah kepada anak perempuannya yang masih lagi kecil.
Kisah pilu harus dihadapi bapak satu ini, beliau yang bekerja sebagai tukang tampung tayar kini harus mengasuh anak perempuannya seorang diri, dengan berbekal kain, anak bapa satu ini pun digendongnya saat bekerja bahkan sampai tertidur lelap

Disaat memerlukan perhatian lebih dari seorang ibu saat usianya meningkat dewasa, takdir berkata lain, ibunya meninggal kurang lebih 3 bulan lalu kerana sakit dan meninggalkan malaikat kecil serta bapaknya tersebut

Lokasi beliau ada di Jln. Kh. Abdullah Bin Nuh, sekitar TW Hotel

Bismillah, untuk warga berhampiran dan orang – orang baik lainnya, bila melalui jalan tersebut boleh isi angin atau berikan sedikit bantuan untuk keluarga kecil ini

Difahamkan, lelaki itu baru sahaja kematian isteri sejak tiga bulan yang lalu akibat penyakit.

Oleh kerana tiada siapa yang sudi menjaga anaknya, dia terpaksa membawanya ke bengkel tempat dia bekerja sebagi tukang tampal tayar kenderaan.

Cekal bekerja sambil gendong anak
Berasal daripada Cianjur, kisah bapa itu mula tular di Instagram pemilik akaun Visit Cianjur, yang memuat naik video memaparkan bapa itu sedang berkerja sambil menggendong anaknya.

Meskipun terpaksa melakukan pekerjaan berat sebagai penampal tayar, bapa itu tidak mahu anak kecilnya kurang perhatian dan menjaga sendiri anaknya tanpa bantuan orang lain.

Sebelah tangan lagi cari rezeki

Menerusi gambar yang ditularkan di media sosial, lelaki itu memegang anaknya dengan tangan kiri sementara tangan kanannya digunakan untuk mengangkat tayar kenderaan milik pelanggan.

Lihatlah, disebelah tangan dia menggendong anak sehingga tertidur di bahu, manakala sebelah lagi tangan digunakan untuk bekerja bagi mencari rezeki buat keluarganya.

Gambar dan video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata sebak melihat kesungguhan bapa tunggal itu mencari rezeki halal buat diri dan anaknya.

Malah, mereka turut mendoakan agar dua beranak itu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Nota Kaki: Admin mendoakan Semoga, dilorongkan jalan rezeki buat bapa ini dan dapatlah dia membesarkan anaknya dengan sempurna, agar dapat menjadi seorang insan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Aminn

Sumber:iMuslimNetwork

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini