Luahan Hati Ustaz Ebit Lew Ketika Kuarantinkan Diri Selama 7 Hari Selepas Pulang Dari Afrika

Luahan Hati Ustaz Ebit Lew Ketika Kuarantinkan Diri Selama 7 Hari Selepas Pulang Dari Afrika | Menangis rindu pada mak tercinta. Teringat wajah mak yang amat saya rindu dan cintai. Wanita yang tak pernah berehat sentiasa memberi semangat dalam hidup saya. Masa bila yer mak berehat. Masa bila mak lemah. Masa bila mak putus asa. Setiap hari bagi semangat dalam hidup saya dari kecil. Ya Allah jika ada pahala untuk apa saya lakukan saya hadiahkan buat mak ayah saya.

Bidadariku, mesti penatkan urus anak-anak dan rumahtangga. Kuatnya bidadariku sayang bersama diriku dalam usaha ini. Dari hari pertama nikah sehingga hari ini. Dulu mak menangis risau saya. Sekarang bidadari saya pula selalu fikir dan risau tentang saya.

Ya Allah jagakanlah bidadariku sentiasa. Berilah kekuatan padanya. Begitulah tugas seorang isteri yang kuat dan baik. Redha dan menyokong segala kerja yang saya lakukan.

Kita sangka lelaki tu kuat. Rupanya disebaliknya yang Allah beri lebih kuat dan tabah ialah seorang bidadari.

Ustaz Ebit Lew Rindu Pada Isteri dan Anak2

Tadi baru lepas video call bidadari dan anak-anak. Tak boleh nak cakap. Laju jantung. Mata bergenang. Rindu sangat. Menangis jer. Anak kata, ayah rindunya pada ayah. Ingat dapat jumpa. Ayah diwajibkan kuarantin 7hari di bilik hotel. Tak boleh keluar mana-mana.

Saya sangat rindu. Bagi seorang suami tiadalah ubat lebih besar bagi segala keletihan melebihi pelukan seorang bidadari. Memegang tangannya. Dapat dukung dan terbangkan anak-anak. Anak-anak nikmat Allah yang sangat besar.

Esoklah ayah sambung call yer. Tak tahan nak menangis. Ayah selalu sorokkan tangisan. Tapi siapa tahu saat seorang diri menangis sekuat-kuatnya. Tangisan itu ubat.

Teringat ramai diluar sana tidak merasai kasih sayang ibubapa. Kasih sayang keluarga. Semoga Allah terus temukan saya dengan mereka yang susah dan benar-benar memerlukan diluar sana. Belajar berjuang dan berkorban sedikit.

Wahai bidadariku dan anak-anakku. Semuanya pasti ada ganjaran disana nanti. I love you sayang bidadariku. I love u anakku.

Jika ada pahala untuk semua ini, saya hadiahkan pahalanya buat ibubapa yang amat saya cintai sayangi.