Mac4m Mana Peg4wai Zakat Tentvkan Kel4yakan Anda Untuk Menerima Zak4t? Fah4mi Kiraan ‘H4d Kifay4h’ lni

Seperti yang kita tahu, zakat adalah rukun yang wajib dilakukan oleh umat Islam bagi mereka yang telah berkemampuan. Kepada mereka yang mungkin belum tahu, pembayaran zakat juga terbahagi kepada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah.

Umumnya, zakat fitrah dibayar ketika dalam bulan Ramadan manakala zakat harta adalah mereka yang mempunyai hasil kekayaan dengan kadar tertentu, sebagai contoh emas.

Tapi pernah kita terfikir siapa pula yang layak menerima zakat? bagaimana cara pegawai zakat pendapatan seseorang individu itu untuk melayakkannya menerima zakat? Dan apakah itu Had Kifayah?

Berkongsi artikel dari laman sesawang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dari sudut bahasa Had Kifayah disebut sebagai kadar keperluan (kecukupan) dan kadar minima bagi keperluan asas minimun berdasarkan kos sara hidup semasa.

Merujuk MAIWP, penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi enam aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.

1. Perlindungan – Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil utiliti dan lain-lain yang berkaitan.

2. Makanan – Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.

3. Pakaian – Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.

4. Perubatan – Segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain yang berkaitan.

5. Pendidikan – Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.

6. Pengangkutan – Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.

Bagaimana pegawai zakat menentukan kelayakan berdasarkan Had Kifayah?
Menjawab persoalan ini, kami sertakan perkongsian dari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor untuk penerangan yang lebih jelas. Ikuti perkongsian di bawah, semoga memberi manfaat untuk semua.

Had kifayah yang digunakan Lembaga Zakat Selangor
Berikut adalah kadar had kifayah yang digunakan oleh LZS bagi menentukan garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Terdapat perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh pegawai LZS.

Kadar Pengiraan Had Kifayah

Had Kifayah Tambahan (Jika ada)

Tanggungan Anak Kelainan Upaya (OKU) – 224.00
Tanggungan Pesakit Kronik – 222.00
Kos Penjagaan Anak – 290.00
Pengkelasan Fakir atau Miskin
Pengkelasan sesebuah isi rumah bagi menentukan sama ada mereka fakir atau miskin adalah berbeza daripada sesebuah keluarga di antara satu keluarga yang lain. Ini bergantung kepada Had Kifayah dan bilangan isi rumah.

Contoh :-

“Pak Ali dan isterinya tinggal di rumah yang disewa di kawasan Ampang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM1,200.00 sebulan. Selain isterinya, Pak Ali juga menanggung lima orang anak. 2 orang belajar di sekolah menengah dan 2 orang lagi belum bersekolah manakala seorang lagi anak perempuan Pak Ali sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.”

Berikut adalah kedudukan had kifayah bagi keluarga tersebut:

Sumber: Lembaga Zakat Selangor / MAIWP

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini