Imam Muda Ini Tak Dapat Lupakan Pengalaman Mikrofon Tak Berfungsi Ketika Takbiratul Ihram

Imam Muda Ini Tak Dapat Lupakan Pengalaman Mikrofon Tak Berfungsi Ketika Takbiratul Ihram | Di mana-mana sahaja pasti akan wujudnya masalah teknikal yang sememangnya kita tak dapat elakkan. Begitu juga imam di masjid atau surau, speaker atau mikrofon tiba-tiba tidak berfungsi juga boleh menjadi masalah yang mengakibatkan para jemaah tidak dapat mendengar bacaan yang dialunkan.

Di sini diceritakan situasi pengalaman yang dilalui oleh seorang pemuda, Furqan Fawwaz apabila mikrofon imam yang dipasang pada dirinya tiba-tiba tidak mengeluarkan suara ketika menunaikan sembahayang Terawih, Isnin lalu.

Detik yang mencemaskan ini pasti merunsingkan kepala beliau yang tengah mengimami solat Terawih tersebut.

Menerusi sebuah posting video yang dimuatnaik di laman Instagram, beliau yang juga merupakan penyanyi nasyid menyifatkan situasi berkenaan ibarat pengalaman yang tak dapat dilupakan bagi tahun ini sepanjang menjadi imam.

“Pengalaman ng3ri tu berlaku tahun ni rasanya, imam je yang faham perasaan mic tak function, dalam hati macam-macam dah fikir “macam mana jemaah belakang nak dengar suara aku? pakai suara hati?”..

“Memang taklah kann..haha nasib baik bilal selamatkan. Sebelum-sebelum ni imam di masjid lain pernah black out itu lebih mena kutkan,” tulisnya.

Rakaman video berdurasi hampir satu minit itu memaparkan seorang pakcik yang juga merupakan bilal di situ menyelesakan masalah mikrofon tak berfungsi tersebut.

Bilal tersebut dengan cepat mendekati imam berusia 23 tahun itu dan menekan butang mikrofon yang ada di dalam poket jubah sebelum suara Furqan bergema di seluruh masjid berkenaan.

Kejadian yang singkat ini berlaku sewaktu Furqan sudah mula melafazkan Takbiratul Ihram.

Tinjauan ke ruangan komen pada posting tersebut, rata-rata neti zen memuji gelagat ‘c0mel’ pakcik berkenaan yang peka terhadap persekitaran sekali gus memudahkan urusan orang lain.

Pakcik bilal kiriman Allah

C0melnya pakcik tu! Rindu ayah…

Dialah her0 sebenar! Kirim salam

Alhamdulillah, nasib pakcik tu peka

Sesiapa pun pasti akan jadi tak tentu arah bila perkara sebegini terjadi! Nasib baik waktu tu ada bilal yang belum angkat Takbir dan jadi penyelamat keadaan. Harap lain kali imam kena ‘test-test’ dulu sebelum mulakan Solat.

Sumber: Instagram Furqan Fawwaz