Inilah Doa Agar Muka Nampak Cantik Dan Berseri-Seri

Inilah Doa Agar Muka Nampak Cantik Dan Berseri-Seri | Keinginan untuk kelihatan cantik dan berseri benar-benar manusia. Bahkan sejak zaman Nabi, penampilan menjadi topik yang sering dibincangkan. Dan ketahuilah bahawa doa inilah yang menjadikan manusia kelihatan lebih cantik dan berseri.

Bagi sesiapa yang ingin wajah atau wajahnya bersinar, dia perlu membaca Surah Yusuf Ayat 4 (sebaik-baiknya dibaca selepas solat)

Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.

Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah. Teruskan amal Ayat ini dimana ia merupakan ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (supaya anak hormat kepada kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”

Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:
Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu

Caranya:

  1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
  2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Perlu diketahui :

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali