N4k Tahu Kita Anak S0leh? Dua Benda Ini Pun Belum Tentu Kita Lepas

Diantara tangungjawab yang besar di dalam Islam seorang anak dengan kedua ibu bapanya ialah

PERTAMA : BERGAUL DENGAN BAIK
Bērgaul dengan baik di sini adalah disebut di dalam bahasa Arab ialah Husnul Mu’asyarah. Bērgaul dengan baik di sini adalah kita mengambil berat. Mak ayah kita ini apa dia yang kita nak kena ambil berat? Kehidupan mereka, tempat tinggal mereka dan makan minum mereka. Duit belanja, hat itu lah.

Terkadang kita dalam list kita nak bagi mak ayah kita kita letak no. 12. Itu yang salah tu, no.12 no. 9. Nombor 1 apa dia? Rumah lah ustaz. Rumah seribu lebih. Duit gaji, duit gaji.. no. 1 rumah berapa, no. 2 kereta, no. 3 medical card, no. 4 sekian. No. 5 6 7 8 bakinya barulah mak ayah. Baki yang ada barulah kita nak beri kepada mak dan ayah. Itu pun jika ada. Rugī dan sālah.

Memberi kepada ibu dan ayah sehingga kaya, bukan waktu dah kaya baru nak beri kepada ibu ayah. Kaedah hidup ini tuan puan, bila dapat duit gaji.. no. 1 ibu dan ayah. Berbaktilah dengan wang ringgit kepada ibu dan ayah kamu sehingga kamu dikayakan oleh Allah

Kena buat ke Ustaz? Kena buat, kena buat, mesti buat.. baru Allah tunjuk

Jangan jadikan keutamaan memberikan duit kepada ibu ayah itu no. 6 no. 7 jangan sekali kali. Nescaya Allah سبحانه و تعالى‎ akan menjadikan kamu yang ke 6 ke 7 dalam permintaan seharian

Kata Ustaz Wadi Annuar lagi, simple je, siapa yang menjadikan keperluan harian ibu dan ayahnya yang pertama, Allah akan menjadikan dia yang pertama apabila dia bermohon kepada Allah. Ingat tuan-tuan, anak-anak soleh berbaikti kepada mak dan ayah sampai kaya dan anak-anak tidak soleh tunggu sampai kaya baru nak berbakti kepada ibu dan ayah.

Terbalik, ubah tuan puan. Ubah dan lihat bagaimana Allah سبحانه و تعالى‎ mencurahkan keberkatan dalam kehidupan kita. Mencurāh-curāh.

KEDUA : MEMULIAKAN
Memuliakan, muliakan ibu kita. Setiap kali Rasulullah صلى الله عليه وسلم pergi ke rumah anaknya Fatimah Bintu Muhammad. Tuan Puan perhatikan, yang ini saya kata Ustaz Wadi tak buat, tuan puan tak buat. Tapi kita cuba sebab ia jadi benda segan sebab tidak diamalkan. Punya hormat Syaidatina Fatimah dengan ayahnya, setiap kali Rasulullah صلى الله عليه وسلم datang ke rumah Fatimah, Fatimah akan berdiri untuk menyambut Nabi صلى الله عليه وسلم. Kita mak kita mai duk kat pintu pagar,

“ Melah oi, ni mak mai ni, haah mak buka la pintu bukan kunci pun.. ni cheq tengah dok belander cabai nī ..”

cheq tengah dok blender cabaī, memang dia tahu pun mak dia nak datang.. mak duduk tak jauh 50 60 kilometer. Ada la mak lalu mesti suka singgah kan. Buka pintu mak, bukan kunci pun.. buka buka .. masuk lah..

Itu kira habis soleh dah tu.. habis soleh.. sepatutnya memulaikan yang diwajibkan oleh Allah سبحانه و تعالى‎ ialah seperti mana yang diajarkan oleh manusia yang terbaik dalam kalangan umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم iaitulah para sahabat رضي الله عنهوم . Bila dia tahu kata ayahnya nak datang, Fatimah akan berdiri depan rumah pintu dia.. Berdiri dah.

Abu Hurairah رضي الله عنه setiap kali hendak bermusafir dia akan bawa kenderaannya pergi ke rumah mak dia. Dia akan berdiri depan pintu rumah mak dia

‎السلام عليكم يا اومه ورحمة الله وبركاته

Kesejahteraan ke atas kamu wahai ibuku sayang dan rahmat Allah serta keberkatan daripada Allah

وعليك السلام و لادين ورحمة الله وبركاته

Aku juga doakan kepadamu kesejahteraan wahai anakku dan kerahmatan daripada Allah serta keberkatan daripada Allah

Lalu di jawab oleh Saidina Abu Hurairah رضي الله عنه sebelum pergi

‘Wahai ibu, semoga Allah سبحانه و تعالى‎ merahmati kamu seperti mana kamu membesarkan dan menyayangi aku ketika kecil.

kita sebut tak?

kita doa kat belakang pun tak sebut. Hai ustaz lepas solat kami berdoa. Berdoa apa habis solat terus bangkit keluar. Doa kat belakang pun kita tidak sebut.

Ulama kata nak tahu kamu ini anak soleh ke tidak, siapa nak tahu dia anak soleh ke tidak. Cuba muhasabah, lihat dalam kehidupan sehariannya berapa kali dia mendoakan ibu dan ayahnya.

Kaedah, ulama menyatakan jika nak tahu kamu anak soleh atau solehah ataupun tidak, lihat dalam kehidupan seharian kamu berapa kali kamu mendoakan ibu dan ayah kamu ketika mana mereka sudah tidak ada lagi atau ketika mereka masih hidup.

Kenapa para ulama menyatakan seperti itu?

Ulama ambil daripada hadis Nabi صلى الله عليه وسلم yang menyatakan ada 3 cara untuk ibu dan ayah kita untuk dapatakn pahala ketika mana mereka telah menīnggāl dunīa. Yang ketiga iaitu seorang anak soleh mendoakan ibu dan ayah.

Maka ulama pun sebut nak tahu pentanda kamu anak soleh lihat berapa kali kamu mendoakan ibu dan ayah kamu.. lihat cuba renung kembali, semalam berapa kali lidah kita mendokan

‎رَّبِّ اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً

berapa kali?

Tuan Puan, ada orang tiap tiap jam dia berdoa untuk ibu dan ayah dia diampun oleh Allah سبحانه و تعالى‎. Tiap tiap jam

Siapa yang peringat hati dan mulut dia? Jawapanya Allah. Kerana Allah سبحانه و تعالى‎ telah mengangkat orang itu menjadi anak yang soleh.

Bukan sūsah. Ada orang Alhamdulillah setiap kali solat dia doa, tak solat dia tak doa. Jadi lah daripada tak doa langsung.

Bila Saidina Abu Hurairah رضي الله عنه pergi bermusafir, ini dia ini mak dia berdoa terus depan mak dia. Kita buat ke? Taubat tak buat dah.. segan la ustaz.. orang tak pernah buat

Allahurabbi, kita tak jaga punca redha Allah سبحانه و تعالى‎ tu.. Manusia hari ini tidak jaga. Jērkah mak ayah guna perkataan kēsat ni dalam mana mana keluarga pun kita boleh tengok hari ini. ‎انا لله وانا اليه راجعون

Jērkah mak ayah, bawa keluar perkataan kēsat ni jadi biasa dah, hampir tiap-tiap keluarga ni ada wakil. Dia tak tahu waktu dia jērkah tu, waktu dia mārah, mak itu jadi kecīk hatī waktu itu juga Allah سبحانه و تعالى‎ mūrka dengan kehidupan dia. Tidak usah berniaga besar mana lah kalau ketika Allah mūrka, tidak usah banyak duit tara mana dah. Dia ada kemungkinan untuk banyak duit, dia ada kemungkinan untuk banyak anak, dia ada kemungkinan untuk banyak syarikat tetapi dia mesti tiada kebahagian dan ketenangan hati. Dia mesti tiada.

Ramai orang tak balik berbelas belas tahun ziarah mak ayah tetapi kaya. Ramai orang.. konfik, bergadūh dengan ibu dan ayah dia anak ramai 5 6 orang, dia kata takda apa pun. Sebenarnya dia pēndam satu benda, ada satu sudut besar dalam hati dia, kosong. Kekosongan itu tertulis keserabūtan hidup.

Ibu ni, mak ini jika taat kepada Allah سبحانه و تعالى‎ dan kita taat kepada Allah سبحانه و تعالى‎ . Kita dan mak kita akan duduk di dalam syurga Allah. Duduk sekali sampai bila bila. Yang ini yang kita nak. Atas muka dunia ni Allah pilih mak dan ayah kita, kita tidak ada pilihan. Mak ayah ini lah yang kita minta kita berdoa masuk ke dalam syurga.

Cumanya di padang māhsyar sebab kalut terlampaū-lampaū. Semua orang sibuk dengan keadaan masing-masing. Anak tengok mak, mak tidak beralih ke anak tapi beralih ke tempat lain. Mak tengok anak, anak pun beralih ke tempat lain juga. Punya kalut. Sebab kekalūtan mahsyar, kesībukan māhsyar, kepānasān māhsyar, kesempītan māhsyar.

Kata Ustaz Wadi Annuar lagi, mak kita, ayah kita kita semua adik beradik jika ahli syurga akan bertemu ditelaga al-Kauthar. Ini lah objektif yang paling tinggi kita beribu dan berayah. Dengan ibu itu kita nak capai redha Allah, dengan ayah itu kita nak capai redha Allah سبحانه و تعالى

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Kredit: Viral Malaysiaku

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini