“Naik Kereta H Tapi Berkira,Orang Lain Naik Saga Je Tapi Mampu Bagi Keperluan Anak Bini” Belanja Keluarga Murah Rezeki

Walaupun mereka pakai kereta buruk tetapi rezeki Alhamdullilah | Dalam hidup ini, usahlah kita menilai orang lain secara luaran kerana rezeki masing-masing berbeza dan begitu juga amalan gaya hidup setiap orang juga berbeza.

Luahan yang dikongsikan oleh wanita ini bukan sahaja memberi pengajaran, tetapi juga patut menjadi contoh kepada kita semua.

Apa yang bagusnya, wanita ini menjadikan apa yang berlaku di depan matanya sebagai pengajaran. Beginilah orang yang berfikir dan sentiasa bermuhasabah diri. Sentiasa mengkaji diri dan menginsafi. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

ASSALAMUALAIKUM admin. Hide FB saya ye. Saya nak kongsi dengan pembaca Kisah Rumah Tangga (KRT) semua. Dalam post baru-baru ini kita ada baca tentang perempuan yang bangga dengan kereta Honda miliknya, kan. Kisah saya pula begini.

Saya seorang surirumah, suami pakai Honda City. Kami ada seorang anak. Kisah yang betul-betul memberi pengajaran kepada saya bermula apabila kami sekeluarga pergi membeli belah di sebuah pasar raya.

Ketika kami baru park kereta, ada sebuah kereta Proton Saga lama park di hadapan kami. Kereta itu memang buruk sangat, sampai saya cakap pada suami,

“Kesian keluarga tu naik kereta buruk saja.” Dalam kereta Proton Saga itu ada sepasang suami isteri dan seorang anak mereka. Tuhan betul-betul nak tunjuk pada saya jangan pandang rendah pada orang lain.

Dalam pasar raya tersebut, saya terserempak semula dengan keluarga berkenaan di bahagian barangan penjagaan wanita. Si isteri tadi minta izin nak beli perfume, beli itu beli ini.

Suami dia kata ambil sahaja. Berbeza dengan saya bila minta dari suami nak beli barang-barang, habis saya dimaki dan dituduh membazir.

Kemudian bila nak buat pembayaran di kaunter, sekali lagi terserempak dengan keluarga itu tadi dan saya beratur di belakang mereka. Saya tengok barang-barang yang mereka beli, boleh tahan juga.

Beras Basmathi, susu anak mereka jenama pediasure, lampin pakai buang anak mereka jenama Mamy Poko siap beli sekotak terus, minyak basak beli minyak masak jenama Canola. Harga barangan mereka saja dah dekat RM500.

Saya pula, semurah-murah barang saya beli sebab suami suruh berjimat. Suami saya harap saja pakai Honda City, tetapi bila bab-bab barang keperluan, asyik-asyik cakap tak ada duit.

Rezeki Suami ‘Mahal’ Sebab BERKIRA Dengan Isteri, Anak, Selalulah BELANJA Bukan Lebihkan Kawan

Dalam rumahtangga, ketua keluarga janganlah terlalu berkira dengan isteri dan anak-anak. Baginya, keluarga sentiasa ada dan bila-bila masa saja boleh belanja. Sedangkan kawan-kawan hanya masa-masa tertentu.

Begitulah, sampai ada pasangan yang terlalu lebihkan kawan tetapi dengan keluarga sangat berkira untuk beli atau belanja.

Kadang-kadang kita tidak sedar, itulah yang menjadi punca rezeki suami ‘mahal’. Sebabnya bila perkara wajib dan keutamaan untuk isteri dan anak tidak begitu dititkberatkan.

Sebaiknya, sebagai suami, tanggungjawab yang perlu didahulukan adalah isteri dan anak-anak. Ini tidak, baginya isteri dan anak tidak perlu bimbang sebab mereka sentiasa ada dan bila-bila masa saja boleh berbelanja.

Walau bagaimanapun, nak tahu rezeki suami mahal atau tidak bukan hanya berkira dengan isteri dan anak tapi ada sebab lain lagi yang menyebabkan rezeki suami mahal.

Inilah yang dikupaskan oleh Mohd Fadli Salleh dalam perkongsiannya. Nak murah rezeki senang saja, dahulukan isteri dan jangan berkira dengan mereka.

Berkira Dengan Isteri, Rezeki Susah Nak Masuk
Ada beberapa sebab kenapa rezeki mahal.

Kenapa rezeki mahal?

1. Bergaduh dengan orang, bermusuhan, hutang tak bayar, dendam.
Kadang-kadang rezeki jadi mahal asbab hubungan sesama manusia kita tak jaga. Ada dendam, sakitkan hati orang, ada pula hutang yang dibuat lupa hingga orang selalu mendoakan kejatuhan kita.

Refleksi diri, muhasabah dalam-dalam, maafkan semua orang, hilangkan semua dendam dan perbaiki semula hubungan yang rosak. Bayar hutang jika ada.

2. Tidak memuliakan ibu bapa.
Ini pun punca rezeki payah masuk. Orang yang memuliakan ibu bapa, yang menyantuni mereka sebaik mungkin, selalu menggembirakan ibu bapa, bagi hadiah, duit dan layanan
Terbaik Insya Allah rezeki mereka mencurah.

3. Tidak memberi nafkah yang selayaknya pada pasangan.
Kata Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, ‘nafkah itu wajib walau pun suami itu miskin’. Jika miskin, bagi nafkah semampunya.

Nak rezeki mencurah, antara asbab rezeki mudah adalah dengan memberi kepada pasangan.

Kata ustaz lagi,

“Isteri minta RM100, bagi RM200. Isteri minta RM1000, bagi RM2000. InsyaAllah isteri akan selalu minta”.

Tapi apa pun, antara penyebab rezeki kita mahal sebab berkira dengan isteri dan anak-anak.

Yang wajib itu wajib bagi, yang selebihnya belanja mereka selalu, jangan asyik belanja kawan-kawan saja.

Fuh, berasap telinga dengar tadi. Kebetulan isteri aku pun dengar juga, terus dia senyum lebar. Berdebar aku rasa. Harap lepas ni Ustaz Yaakub ulas kelebihan isteri belanja suami la pula. Nak bagi dia dengar.

#MFS

MW: Memang betul pun, apa-apa kena dahulukan isteri dan anak. Merekalah yang sanggup susah senang bersama.

Sumber:iMuslimNetwork

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini